lepas pada ivf kali yang ketiga tak jadi, aku tak tunggu lama, terus aku buat ivf kali yang keempat. the next period terus aku buat treatment..kali ni doktor increase aku punya dose. aku amik gonal f. sebelum ni aku amik 150 iu, ivf yang keempat ni, doktor increase to 225 iu. maknanya, kalau dah dose bertambah, kuantiti ubat pun tambah la, duit pun tambah gak la...kali ni kos ubat saje dekat 3k, sebelum ni dalam 2.5k je...takpe...demi nak dapat zuriat sendiri kan...aku sanggup buat apa je..cycle kali ni start pada 30/6/09 dan pada....
10/7/2009 - jumaat
aku diberi sedatif untuk proses ovum pick-up. sebelum tu doktor dah scan, mungkin hanya akan dapat dua telur saje yang ok. aku berserah, semoga dua2 telur dapat disenyawakan dengan sempurna. macam proses ovum pick-up sebelum ni, aku sedar, tapi tak dapat nak bukak mata je.
selepas proses ini, telur akan disenyawakan dengan sperm oleh embryologist dengan menggunakan kaedah ICSI dan lepas tu kena tunggu 2 3 hari baru leh tau ada persenyawaan ke tidak
11/7/2007 - sabtu
rehat kat umah je..kepala pun dok pening2 lagi lepas proses ovum pick-up semalam..nak buat keje umah pun tak berapa nak ada mood sangat pun..dok la melepak tengok tv, solat hajat, berdoa dan berdoa semoga proses kali ni berjaya...tapi sempat gak pergi gym kat swiss garden...saje je nak release tensen
12/7/09 - ahad
hati berdebar tak terkata dah ni...pagi2 lagi kitorang g taman gelora...jogging..senamrobik, pastu pegi pasar tani...on the way nak ke pasar tani tu, dr. mad call, aku dah suspen, terus bagi phone kat abang, aku tak mampu nak jawab call dari dia, takut berita buruk yang aku dapat...rupanya dr. mad tak dapat cari staff dia, dia carik kitorang, dia nak tanya proses hari jumaat aritu jadi ke tak...staff dia tak bagi report lagi kat dia rupanya...mengamuk kejap dr. mad pagi tu ngan staff dia...hehehehhhe...so kitorang wat rilek je la
balik umah...kemas umah macam nak rak...basuh peti ais...mop lantai...abang lak bertukang apa tah...dua2 buat sibuk....sebab tak nak pikir sangat pasal yang hari jumaat aritu
dalam kul 12 camtu, abang dapat call dari embryologist dari UIA....jeng..jeng...aku dah masuk bilik...takut nak dengar conversation tu...dah standby nak nangis dah ni kalau tak jadi...abang pulak pandai...terus berbual kat luar rumah...aku menunggu penuh debaran...pastu...dengan senyum simpul...abang bagitau...alhamdulillah jadi satu embryo...aku bersyukur tak terkata...airmata kegembiraan mengalir...terus aku sujud syukur kepada DIA...tak terkata dengan nikmat yang Tuhan beri kat aku ni...
so proses pemindahan embryo ke rahim akan dibuat esoknya
13/7/09
sebelum subuh...aku projek dulu ngan abang...hehhehehehe...bukannya apa.. selain daripada ibadah dan kitorang akan 'berpuasa' lama nanti, bersama dengan suami sebelum embryo transfer akan memudahkan proses berkenaan...senang keje doktor nanti...jalan dah bukak...rahim pun dah ready..serius ni aku cakap...ni aku dapat tau dari pembacaan aku pasal ivf.
sebagaimana yang dijangkakan...proses embryo transfer sangat mudah dijalankan...transfer berlaku pada hari ke-3...sel dah membelah kepada 8 sel yang sekata..alhamdulillah...semoga embryo ni berkembang dengan baik dalam rahim aku dan membesar menjadi bayi yang soleh/solehah, sihat tubuh badan dan juga akal fikiran...itu saja yang aku minta
aku diberi cuti seminggu oleh doktor...seharian aku tak turun katil...turun pun untuk solat dan buang air...tu je. minggu ni memang minggu paling getir sekali...aku kena jaga betul2 supaya embryo tu lekat dalam rahim aku...dan badan aku dapat menerima kehadiran embryo ni...keje umah memang tak buat langsung....abang buat semua...dari gosok baju, memasak, mengemas....alhamdulillah...tengok dia boleh handle semua tu...
makan pun aku kena jaga...tak boleh makan sebarang...nenas, cuka, raw shellfish macam oyster, clams and mussels tu pantang no satu...benda masam2 memang abang tak bagi aku makan...biarla orang nak kata apa pun...yang penting kali ni aku kena jaga betul2...aku tak nak amik risiko...kalau dah orang kata benda ni tak leh makan...memang terus aku tak makan...walaupun ada setengah orang kata benda tu sebenarnya tak bahaya...tapi for my case ni...aku kena very extra careful...kalau naik kete pun, abang bawak dalam 40 - 60km/j....dia memang jaga betul...dan dalam masa yang sama kami tak jemu berdoa semoga Allah jaga kandungan ini dengan baik...
minggu pertama ni...aku ada sedikit emo..biasala kan...alhamdulillah aku ni seorang muslim...aku ada Quran sebagai penenang jiwa, dan aku ada Allah untuk aku mengadu, meminta, mengharap...sebab aku tau Allah Maha Pengasih, Allah Maha Penyayang...aku mengadu...aku merintih dengan Dia, hati aku tenang...dalam keadaan macam ni, kebergantungan kepada Allah sangat2 tinggi...hanya dengan kuasaNya sahaja aku berpeluang untuk menjadi seorang ibu, dan aku redha dengan apa yang telah ditentukan untuk aku...yang aku pinta, supaya aku diberikan ketabahan dan kekuatan iman untuk menempuh segala dugaanMu...Insyallah
embryo masa hari yang ketiga...
dah ada 8 sel yang sekata