peti ais

7:30 PM Posted In 5 Comments »
tangan sakit
pegi urut
lepas urut, tukang urut bagi ubat sapu

nanti balik rumah, simpan obat ni dalam peti ais
letak kat bahagian sejuk

mmmmmm

letak kat tempat beku tu ke makcik

takla, letak kat dalam peti tempat biasa tu la


oooooo


(ingat ada bahagian panas kat dalam peti ais)

hot hot chicken shit

11:47 AM Posted In 3 Comments »
memang macam hot2 chicken shit pun blog ni...ikut suka hati tuan dia je nak update blog...nengok2 dah sebulan lebih blog ni tak berusik..banyak benda nak update..tapi bila mood menulis tu takde..memang le malas bebenor

skang ni pregnancy aku dah nak masuk bulan keenam..kejap je kan..rasa berdebar la pulak macam mana nak bersalin nanti..masa mula2 dulu..dr mad cakap for ivf cases kene operate..sebab nak kurangkan risiko masa bersalin nanti...tapi bila jumpa dr moc, dia kata kalau nak bersalin kat private takpe boleh bersalin biasa..sebab ada orang yang akan tunggu nanti..so aku pun ok la..hopefully nanti by the time nak bersalin semoga segalanya dipermudahkan...aminnn..

i felt the first quickening on the 19th week...masa tu dah di alam separuh sedar..baru nak lelap mata..tetiba je rasa 'gulllppp' inside my womb...terus kejut cik abang bagitau...masa tu terus je tarik tangan dia nak bagi dia rasa gak...tapi baby tak gerak la pulak...tapi masa tu memang konfiden la memang baby yang gerak...sebelum ni pun ada gak rasa camtu..start minggu ke-17, tapi dok ingat cam angin je, tapi bila rasa malam tu, memang betul la, itula baby ku yang bergerak...perasaan aku? memangle tersangat teruja..dah lama tunggu kan momen2 camni..

dah masuk bulan keenam ni selera makan pun bertambah2..asyik nak makan je..tapi sekali makan tu tak la banyak sangat..tapi 2 3 jam sekali mesti nak makan..cepat je terasa laparnya..baby pun sama, kalau aku lapar dia pun bergendang sama..aku makan pun dia bergendang jugak..suka kot bila aku makan..apa2 pun aku bersyukur sangat sebab Allah bagi aku peluang merasa nikmat mengandung..dan aku berdoa semoga aku juga dikurniakan anak yang soleh, yang sihat tubuh badan dan akal fikiran dan yang paling penting dapat doakan untuk aku suatu hari nanti..insyallah..




barang baby? tak beli lagi...tak abis2 lagi survey...at last cik abang cakap beli je kat kuantan..kuantan pun dah ok...apa2 je la bang...kuantan pun kuantan la..huhuhu