Hepi Mother's Day

10:59 PM Posted In , 5 Comments »
mmmm...what's inside huh....


Selamat Hari Ibu!!!! eh..dah lepas dah eh...sorila ye...lambat la n3 ni kuar kan...almaklumla diri ini belum lagi bergelar seorang ibu..tapi walaupun camtu, aku dapat gak present sempena hari ibu ni..sape lagi kalau bukan Nurul yang bagi kat aku..dah dua tahun dah aku dapat hadiah hari ibu ni...last year aku dapat tudung...this year aku dapat ini...

stroberi lagi...nampak cam tempting je nak makan...tapi apakan daya..itu hanyalah brooch yang perlu disematkan di tudung itu..huhuhu

hadiah ni baru je dapat semalam, sebabnya aku baru je berkesempatan g umah dia semalam...mana taknya dok sibuk jalan sana sinun...lupa la pulak anak sorang ni...hehehehehe

so to all mothers out there..hepi mother's day and wish me to be a mother one day....Insyallah

Maya Hotel

2:56 PM Posted In , 15 Comments »
lepas je sampai KLIA, kitorang terus check-in kat Maya Hotel, KL. Sebabnya, abang masih ada lagi keje kat KL, dia nak buat selection untuk budak2 kat KL pulak petang tu.

sebenarnya dah lama dah nak citer kat korang pasal Maya Hotel ni, tapi tak berkesempatan. kunjungan aku ke Maya Hotel ni adalah kali yang ke-4. aku memang dah selesa dok sini kalau datang kl. dah penah dah dok hotel yang lain, tapi Maya jugak tetap di hati (selagi petronas bayar bil hotel, kalau tak dok kat selesa inn je la...selesa inn pun ok la for bajet hotel, nanti aku citer ek pasal selesa inn pulak...hehehhehehe)

Why Maya Hotel?
  • dekat ngan KLCC
  • hotel cantik, resort based walaupun tengah2 KL
  • ada hydrotherapy pool
yang spesel tu hydrotherapy pool la, it is heated pool with warm jets. these jets aim neck, shoulder and whole body for a relaxing massage. macam ko pegi massage tapi guna high pressure jet ni la. memang relaxing dan hilang segala letih kalau ko dok berendam dalam pool ni. in the meantime, korang boleh gak swim dalam pool ni. kat dalam pool ni pun korang leh buat reflexology, sebab ada jet datang dari lantai pool yang target ke kaki kita. sape yang banyak toxic cam aku ni leh rasa gatal2 kalau lama korang biar jet tu massage kaki korang tu. kalau korang nak massage satu badan pun boleh. pool ni macam jakuzi la, tapi in a bigger capacity and size. aku memang rekemen sangat2 korang stay kat sini. berbaloi2. ada steam bath lagi kat dalam toilet kat pool ni. sangat sesuai sapa yang ada masalah sinus. selain dari tu, korang boleh guna gym for free and from 9-11 pm ada light supper kat sky lounge. try la dok sini, it's worth for your money.

view from corridor

sangat best dapat urut bahu n tengkok

water jet kat sini untuk whole body

macam apartment kan

hotel entrance, view from corridor

love the coffee bar concept

c-tru bathroom...sooo sexy u..boleh main hide n seek...perasan tak curtain tu kat luar

view from our room




notakaki: maya tak bayar aku ek for this free advertisement...ikhlas dari hati aku menulis ni

Miri: Day 3

8:54 PM Posted In 6 Comments »
17/5/09 - hari ketiga aku di Miri...nak balik dah pun..flight kul 1125...so bajet sampai airport dalam kul 1030 la...so sempat lagi kalau nak rembat apa2 sebelum balik semenanjung ni..

pepagi lagi kitorang kuar g bekpes kat Kaya Toast...mmmm...sedap...kat depan hotel je tempat makan tu..kedai ni di rekemen oleh waiter Sajian Warisan Restoran...baik sungguh budak itu..

perfect half-boiled egg

muka stim dapat telur



lepas tu terus check out n kitorang g Miri Handicraft...ada colouring contest rupanyer...ingatkan budak2 je yang masuk bertanding, rupanya mak budak pun ada gak...so kat sini aku rembat beg satu n kayu alas meja makan...selagi boleh membeli, aku beli je la...



pastu terus ke airport, pulang balik kete..lepak2 kat airport...flight delay maaaa..kul 12 baru dapat take off...

we're leaving on a jet plane
dont know when we'll be back again







notakaki:
aku muntah dalam flight...ishhh...dasar kampungan sungguh

Miri: Day 2

11:21 PM Posted In 4 Comments »
16/5/09 - hari ke-2 aku di Miri...tengok jadual waktu solat yang disediakan kat bilik hotel (satu lagi yang best dok imperial ni, ada jadual waktu solat, yang aku tak penah jumpa lagi kat mana2 hotel kat dalam mesia ni la)..subuh habis kul 6.12 (tengok subuh abis, bukannya tengok masuk waktu subuh...hehehehe), so maknanya kena bangun paling lewat pun kul 6 pg la...hehehhehehe...tu pun dah subuh gajah tu...so lepas solat, guling2 atas katil jap, dalam kul 8 turun bekpes kat bawah...elok beratur nak order makan...telefon tangan ku berdering

view from our room

hello..kak syima ni, u all kat mana, jangan makan lagi, tunggu i kat lobi hotel, i bawak u all g breakfast...

hehehehehe....lupa nak cakap semalam...aku ada call kak syima ni, nak tanya mana tempat makan best kat miri kabar, padahal aku dah lama gler tak tipon dia semenjak dia pindah dari tempat keje aku skang ni...adala dalam 5 tahun...mau tak terperanjat badak dia dapat call dari aku bagitau yang kitorang ni kat Miri...sib baik dia tak tukar no...so dia kata malam tu dia tak leh nak entertain kitorang, so dia janji esok dia call aku, then nak bawak g jalan2 dalam Miri ni..

tpt kitorang bekpes pagi tu

so takpela kalau camtu...ada orang sudi nak bawak g ronda2..kak syima ni actually bekas HOD aku dulu, dan skang ni menetap di Miri mengikut hubbynya...dan kebetulan pulak the husband pun was in the same department with my husband masa diorang kat kuantan ni...so diorang ni bukanlah orang asing pun...hehehhe...so pas bekpes, abang g tpt volleyball and aku ikut je ke mana kak syima nak bawak.

odw ke umah kak syima ni, kitorang singgah kat Taman Tamu, cam pasar minggu gak la...dia nak beli barang dapur habuan masak tengahari tu..

kat Miri trademarknya adalah seahorse (toriton sudah datang)

pelbagai jenis beras datang dari Bario. semua beras tu adalah beras bukit. mahalkan, sebab beras ni datang ngan flight, takde jalan darat nak ke Bario tu

yang tu adalah petola kering buat scrub badan..murah je, 3 ringgit satu. benda ni ada jual kat watson, ce la cek regenyer bape kat situ

so lunch aritu kat umah kak syima, laki aku pun lunch kat situ gak...sembang2 jap....almaklum la dah lima tahun tak jumpa, macam2 citer kuar kan..pastu dalam kul 3 kitorang g pasar malam..nak beli kek lapis..then dengan tak disangka2...

puan, puan

sape pulak panggil aku tengah2 bandar Miri ni

ehh...Daisy Ubong Lawai

ex-student aku daa....dia balik kampung, semester break

tak sangka lak leh jumpa dia kat sini

tu la..benda yang tak dirancang...mesti jadi kan...salunya camtu la


so aku pun shopping la kek lapis kat situ, then kat sebelah pasar malam tu ada orang jual cendermata, so aku pun shopping macam nak rak kat situ...beli handbag sampai 3, beli senduk sampai 23, tingat kat kawan2 ngan bonda2 dan ayahanda di kampung dan adala skit untuk habuan diri sendiri.




nama tempat ni: Saberkas Commercial Centre, barang2 dalam kedai ni cantik2 dan okla dengan harganya..so kalau dah sampai Miri tu datang la sini kalau nak beli souvenir


so lepas shopping kat situ, kitorang balik hotel, mandi semua, tengok abang main volleyball jap.

dinner kitorang g Muara Restoran..bestttt...dapat makan nasi lalapan...sampai skang tingat lagi...kat sini memang specialtynya adalah nasi lalapan, ada lalapan ikan, lalapan daging, lalapan ayam. kalau lalapan ikan tu ada ikan tenggiri, bawal, keli dan kembong. yang spesel nasi lalapan ni dia nyer sambal belacan. memang sedap la. tingat sampai skang, rasa cam nak makan lagi.


ni air teh c peng. ada 3 layer, top is teh, middle tu susu, dan bottom layer is pandan syrup...sedap jugak

cam biasa, mesti ada sup dalam menu kitorang dan yang ni adalah sup tulang

inilah dia nasi lalapan ikan bawal.....sedapnya laaaaa...memang terkenang2 lagi rasanya

kat waterfront miri ni tak le sehebat dan tak le sehappening waterfront di kuching...best lagi benteng di kuantan...takde benda pun...yang best pun muara restoran ni je la

orang memancing kat sini...tak le sehappening mana pun, best lagi tengok orang mancing kat benteng di kuantan

lepas je melantak dengan lahapnya di muara restoran ni kitorang pun balik hotel dan shopping souvenir kat shopping complex sebelah hotel tu

itu sahaja cerita untuk hari yang ke 2 di Miri...esok update untuk hari ke-3 dan terakhir aku kat Miri

Miri: Day 1

10:58 PM Posted In 0 Comments »
big boss dah lama dah bagitau nak g Miri, tapi aku tak amik port pun...ingat malas nak ikut..Miri kan...bukannya Sydney...hehehhehe..tapi last minit barula pintu hatiku terbuka nak pegi ke sana..so aku pun dengan semangatnya booking flight ngan hotel...last minit kan..flight pun mahal..hotel pun tinggal rumah tumpangan ah seng je..tapi tak pela, booking je la..so flight nak ke sana 15/5 kul 10 pagi, maknanya kitorang kena ada kat klia dalam kul 9 la...kira punya kira..pikir punya pikir..kitorang gerak dari kuantan kul 3 pagi tu jugak...dengan tak tido nya, masing2 ngantuk..berenti tido jap kat RnR Gambang, ada kot sejam, dalam kul 430 pg gerak balik...pastu ngantuk tido lak kat temerloh, terus subuh kat situ, rasanya kat kul 7 kot kitorang gerak dari temerloh tu...mau tak pecut..dengan jemnyer lagi...tapi alhamdulillah selamat sampai klia sharp kul 9 pagi, as planned..kete parking situ, senang skit..

nape nak ke miri ni, best sangat ke...actually cik abang tu nak wat selection untuk team volleyball dia tu, kat sana masa tu ada borneo game, so dia nak cari player yang terbaek la konon untuk main masa karnival petronas nanti...aku ni ngikut je la..bila lagi kan nak ke Miri ni..kalau saje2 nak cuti takde maknanya ngabihkan duit ke sini kan..

so sampai2 je kat miri airport, kitorang terus sewa kete..dapat la kete waja...ok la..120 sehari..aku rasa murah kot sebab sewa dari airport kan..biasanya kete waja dalam 220, tapi sebab waja yang kitorang nak sewa tu condition tak berapa bagus, so dia bagi la diskaun 100 ringgit..mungkin kalau sewa kat luar airport tu murah skit kot, tapi sebab kitorang ni nak senang kan...terus je sewa dari situ..


inilah dia Miri Airport..besar skit je dari Kuantan Airport

tengah berusan nak sewa kete

tadaaa...that's the car...

so dengan menggunakan gps dari pda cik abang, kitorang pegi la ke bandaraya miri...ooo...tak la besar mana pun, cam kuantan je...so arah yang dituju adalah gloria hotel...mak aiiii..cam rumah tumpangan ah seng la...cakap kat abang, kita carik hotel lain dulu la...so pusing 2 3 kali, decide nak tido kat imperial hotel, nampak dari luar cam best..rupanya hotel baru...sib baik ada bilik lagi, walaupun standard room dah penuh, yang tinggal cuma executive room je...okla...bedal je...lagipun tak le mahal sangat for a five star hotel...tak sampai tiga ratus pun, kalau standard room pun dalam 160..okla tu...so kalau sesapa datang miri, aku rekemen dok kat hotel ni, sebab ada satu lagi hotel, mega hotel, kat sini player volleyball ramai dok situ, mahal nak mampus, bilik kecik je, tapi tiga ratus lebih kena bayar...tu standard room tu, baik la korang dok imperial, sebelah tu pulak ada shopping complex, senang nak shopping, tutup pun lewat, kul 1045 baru supermarket tutup..bilik selesa, staf yang ramah, location very strategic, korang turun hotel je belambak tempat makan, okla...

ni dalam bilik hotel...besar kan...abang sampai terus terjun katil...penat sangat la tu

sesampai je bilik hotel...kitorang berdua terus terbongkang...penat siottt...tido2 ayam je malam tu kan...tak sedar apa dah...sedar2 je dah kul 630 ptg...mandi, solat semua, terus kuar cari tpt makan...lapo weiii..tak lunch aritu...pusing punya pusing...jumpa la kedai makan ni..Sajian Warisan..dekat ngan mahkamah miri...nice place...ada tempat makan bersila...tu yang spesel tu...food pun not bad...sedap...waiter pun peramah dan tersangat la jujur...sebelum aku ke situ, aku dah survey2 dah, food apa yang glemer kat miri, antaranya adalah nasi lalapan, aku pun terus tanya budak waiter tu, nasi lalapan ada tak, dia kata ada, tapi kat kedai ni tak sedap, kalau akak nak sedap, akak makan kat muara restoran kat waterfront...bagus betul la budak ni..begitu jujur sekali...aku pun order la nasi goreng indonesia, abang order sup ekor ngan nasi goreng ibunda....mmmmm...yummy yumm...sedappp

ni la dia Sajian Warisan Restoran

muka hepi dapat g Miri...cam bebudak

nice n cozy place...

nasi goreng Indonesia served with satay, telur mata, kepok, beef rendang and sambal belacan...sodapppp

nasi goreng ibunda served with fried udang geragau, kepok and sambal belacan...pun sodap jugak

creamy oxtail soup...sedap gak ni...must try

sedondon la pulak...hehehehehehe...ce korang tengok...laki aku cepat je dia abis makan, aku macam tak luak pun makanan tu, tapi slowly abis tau


so esoknya kitorang dah plan dah nak makan kat muara restoran...camne nak pegi? gps kan ada..senang nak cari tempat...hhehehe...hari ke-2 next entry ekk