Loving You....

11:06 PM Posted In 6 Comments »
Lovin' You - Minnie Riperton
Lovin' you is easy cause you're beautiful
Makin' love with you is all i wanna do
Lovin' you is more than just a dream come true
And everything that i do is out of lovin' you
La la la la la la la... do do do do do
No one else can make me feel
The colors that you bring
Stay with me while we grow old
And we will live each day in springtime
Cause lovin' you has made my life so beautiful
And every day my life is filled with lovin' you
Lovin' you i see your soul come shinin' through
And every time that we oooooh
I'm more in love with you
La la la la la la la... do do do do do
ada sesapa tau lagu ni...lagu ni boleh dikategorikan oldies jugakla...aku memang minat oldies...lagu tangkap lentok camni memang aku layan...tambah2 kalau lirik tu ada kena mengena ngan aku...lagu ni telah dijadikan sebagai runut bunyi (soundtrack) dalam filem Bridget Jones...tu sebab aku sukaaaa sangat filem tu dan lagu ni antara sebabnya...hehehhehe....eh eh...nape aku tetiba je aku cerita pasal lagu ni...sebabbbb...aku sendiri yang tau..

Trip to KT

12:00 AM Posted In 6 Comments »
21 ngan 22hb aritu...kitorang (ahli jabatan EE and Science) pegi UiTM Dungun...ada Bengkel Akademik kat situ...yang best sebab dapat g jalan2 kat Pasar Payang...so membeli sakan diorang ni...aku beli sepasang je...(bangga siot aku tak berabih kat sana)...malam tu kitorang g Masjid Kristal...nak tengok la apa yang best sangat masjid ni...pegi2 tengok macam suram je kawasan tu...sepatutnya warna lampu kat kubah masjid tu akan bertukar dalam seminit sekali kot..mula warna hijau, pastu biru ke, merah ke, kuning ke...tapi malam tu hampeh...takde warna langsung...so sedikit kekecewaan la jugak..nak tengok benda tu semua , tapi takde...so kitorang solat la kat situ...dan tempat ambil wuduk canggih gak la, pakai presence detector...air akan kuar dari paip kalau kita dok dekat ngan paip tu...tapi apa yang tak best tu...keje tak siap....tengok gambar kat bawah ni...nama je masjid canggih, kristal lak tu...duit habih banyak kat kubah kristal, tapi wire kat dalam bilik wuduk tu expose camtu je...

lepas menghayati keindahan masjid kristal tu...kitorang melantak kat Pantai Batu Buruk...lapo giler...antara menu yang diorder oleh enam orang perempuan yang tengah lapo adalah seperti berikut:

1. tomyam seafood - noni

2. tomyam campur ngan kailan ikan masin - eli

3. sup daging - aku

4. ayam goreng rempah - balqis

5. paprik sotong - hasmizar

6. ayam masak halia - yaya

sambal belacan skit...

dan kitorang makan ngan lahapnya....dan inilah penyudahnyerrr...dan semua makanan sedap belaka...next time boleh datang lagi...tapi tak ingat nama restoran tu apa...hehehhe

Aju's Wedding

11:22 PM Posted In 0 Comments »
last 20th Dis, Juliana Halim selamat dinikahkan dengan jejaka pilihan hati (tak ingat sapa nama...tak dapat kad jemputan la...tapi pegi je)...Tahniah Aju...semoga kekal dunia akhirat..Insyallah....
Aju ni sepupu aku, anak adik mak aku...aku memang suka pegi kenduri kawin keluarga aku...sebab dapat kumpul satu family ramai2...kalau time raya susah nak jumpa sebab ada yang balik umah in-law masing, ada tu pulak balik kampung sekejap je, tak dapat nak jumpa...so time kenduri kawin camni la baru la dapat gather ramai2...sembang2...gossip2..tu yang best tu....dan satu lagi dapat kenal keluarga jauh...kalau diorang ada kesempatan diorang akan datang...masa ni la boleh kenal adik beradik sebelah tok ngan tok wan...dan yang paling best tu diorang pun masih ingat kat kita lagi..cucu2 sedara diorang ni..tu yang seronok dan terharu sangat...sebab tu la kalau ada jemputan kawin ni aku akan pegi sedaya mungkin...nak mengeratkan silaturrahim

on the way balik dari umah Aju, aku terserempak ngan accident, sempat la snap gambar dua tiga keping, tapi tak berapa clear sebab snap dari camera phone....berhati2 di jalan raya especially time hujan2 ni...



Steamboat @ Johnny's

10:16 PM Posted In 4 Comments »
mmmmm....sedapnya makan kat Johnny's....teringat2 la pulak...



antara yang datang makan kat Johnny's aritu....actually dah lama dah kitorang g makan kat steamboat ni 19/12/08...last day Dayah kat kptm...so yang teringin sesangat tu awek cun yang pakai baju kuning tu...dok sebut Johnny's je tiap hari....selagi tak dapat selagi tu la dia sebut uncle johnny tu...so kitorang kuar hari jumaat sebab rehat panjang dan dapat makan puas2....lepas ni bila pulak nak makan steamboat ekkkk.....

Yummy Lasagna

10:22 AM Posted In 8 Comments »
Doesn't it look tempting...nyum..nyum..nyum
This is my first attempt making lasagna and it's turn out not bad...okla...berlemak sebab banyak letak cheese...actually i'm making this lasagna for my dear good friend, Nurhidayah (today is her last day at KPTM..huhu..all the best Dayah ek)..so sape2 nak resepi boleh la search kat internet...hehehehehe....tapi sebab demi korang semua aku letak jugakla my secret recipe...hehehe
Lasagna sheet...(beli cap San Remo, nak beli cap lain pun boleh)...rendam ngan air panas dulu...
Meat Sauce...
1 onion
1 bottle of Prego Sauce (any pasta sos pun boleh)
1 tin of button mushroom (hiris nipis2)
500g minced beef
Tumis bawang ngan olive oil (nak guna minyak biasa pun boleh)
Masukkan button mushroom, daging, ngan Prego Sauce, letak garam sikit..masak sampai masak...
Cheese Sauce
2 tbsp butter
2 tbsp flour
2 cup of fresh milk
125g any kind of cheese u like ( aku guna ricotta cheese ngan cheddar cheese)
panaskan butter, pastu masukkan plain flour, pastu susu, api kecik...kacau sampai thick and smooth, pastu masukkan garam ke pepper ke..atau nak best skit letakla italian herbs ke, oregano ke, nutmeg ke...nak bagi sedap kan..aku letak oregano je...last sekali baru masukkan cheese tadi, kacau sampai masak...
Assembly
panaskan oven dulu 180 deg...letak meat sauce dulu, then pasta sheet..pastu meat again, then baru letak cheese sauce, ulang balik...pasta sheet, meat and cheese..so top layer should be meat sauce la, then sprinkle with parmesan cheese...pastu nak cantik letak la parsley leaves...pastu bakar 180 deg for half an hour...
Selamat mencuba...

LOS dan FAUN

12:11 AM Posted In 6 Comments »
filem paling biol 2008

baru je balik tengok wayang citer LOS n FAUN ngan budak2 bujang sepenuh masa dan separuh masa (aku bujang 3 bulan). memang best sangat citer ni...much2 better than Cicakman 2, biasala Cicakman 2 ni so typical other Hollywood superheroes..(dah takde idea lain ke Yusri oiii). idea kreatif Afdlin Shauki kali ni memang lain dari yang lain...tapi memang lawak la, nak pecah panggung orang gelak, tapi ada sikit dirty jokes...tapi okla, boleh diterima akal dan fikiran yang waras....tapi memang lawak la...pasni nak tunggu kat Astro lak....hehhehehe...so sape2 yang nak tunggu citer ni kat Astro pun ok gak, raya tahun depan confirm kuar tv, tapi kalau rasa dah lama tak gelak sampai pecah perut pegi la tengok sekarang...confirm korang gelak sebab citer memang lawak...kalau korang nangis ke ngantuk ke masa tengok citer ni....ehemmmmm...something wrong tu...

Nurul Nadhirah Abd Aziz

7:45 PM 9 Comments »
Salam semua...aku nak update blog ni...tapi mata ngantuk sangat....tapi update jugakla...kang citer ni basi lak....sapa tu Nurul Nadhirah Abd Aziz....dialah anak angkat aku yang kitorang dapat masa Program Titian Kasih (sebenarnya aku tak ingat nama program ni, tapi hentam je la, bagi nampak sedap....hehehehe) oleh MTBE (tempat cik abang sayang luv2 muah3x mencari nafkah hidup) setahun yang lepas...setiap tahun MTBE ada buat program khidmat masyarakat, antaranya Titian Kasih ni la..Dalam Titian Kasih, MTBE akan pergi ke sekolah2 di sekitar MTBE untuk mencari anak2 yang datang dari keluarga yang tidak berkemampuan dan juga anak2 yatim..so anak2 yang terpilih ini diminta untuk membuat satu wish list apa yang diorang nak masa raya (program ni dijalankan pada bulan puasa) dan macam2 la permintaan budak2 ni, ada yang nak basikal la, kasut nike la, handphone berkamera la, tapi ada jugak yang mintak biasa2 je macam baju raya, kasut raya, tudung, telekung dsb...so staff MTBE akan memilih anak2 yang mana mereka suka dan permintaan anak2 ini akan dipenuhi oleh staff MTBE sendiri...
Pada masa tu kitorang bercadang nak amik Nurul ni...sebabnya...kitorang memang nak carik anak perempuan dan dia yang paling muda masa tu, dan permintaan dia biasa je, iaitu keperluan biasa di waktu raya (baju, tudung, telekung)....so kitorang setkan masa untuk bershopping bersama anak yang telah terpilih...so biasala aku ni memang over, so bershopping sakan la kat parkson, beli kat dia baju raya, kasut, beg spongebob, telekung, tudung dan juga sedikit mainan untuk Nurul ni...masa ni Nurul ditemani kakaknya Nadia (sebab malu kot).

Lepas shopping kitorang berbuka puasa bersama2 dan baru hantar dia balik...lepas pada tu barulah kitorang tau yang ayah Nurul ni baru je meninggal dunia tak sampai sebulan (ayah dia meninggal 2 Ramadhan 1429H)..memang tengah manja sangat dengan ayah dia (Nurul ni anak bongsu). aku yang dah tua camni pun bapak meninggal pun terasa sangat2 sedih, tambah la anak seperti Nurul ni, kecik2 lagi ayah dah pergi..dan kitorang datang dalam hidup dia memang at the right time. masa dia perlukan sangat kasih sayang seorang ayah, tambah pulak kitorang ni memang kekurangan sesuatu, so ikatan tu menjadi rapat.
Mulanya dia panggil kitorang auntie ngan uncle, lepas tu berubah menjadi mama dan papa. Nurul ni memang anak yang istimewa di mata kitorang, walaupun umur baru je mencecah 8 tahun pada 2 Disember lepas, tapi tutur kata macam orang dewasa. pernah satu hari dia call aku bagitau dia sayang sangat kat aku dan dia nak bagitau something, tapi pesan dulu supaya aku jangan sedih, aku tanya la apadia, dia kata kat aku 'janji ek mama, mama jangan nangis ek kalau Nurul bagitau kat mama ni' aku kata la apadia, then dia kata setiap kali lepas solat dia doakan aku supaya aku akan dapat anak2 yang comel...terkedu sekejap aku masa tu, dan betapa luhur dan bersihnya hati seorang anak yang mendoakan aku macam tu..aku memang terharu sangat...itulah dia Nurul Nadhirah...
Boleh dikatakan every month memang kitorang melawat dia kat rumah dia, dan hubungan tu dari sehari ke sehari bertambah rapat...dan weekend yang lepas aku bawak Nurul, Afiq (abang Nurul, 11 tahun) dan Nadia (kakak Nurul, 15 tahun) pegi beli barang2 keperluan sekolah dan malam tu kitorang enjoy tengok Cicakman 2...hehehehe...diorang ni 1st time tengok wayang, so happy tengok diorang happy dapat tengok Cicakman kat panggung wayang...dan lepas tu pegi McDonald kat Teluk Cempedak (Afiq 1st time sampai TC), so diorang very excited tengok ombak besar kat TC waktu malam...kul 12 baru balik rumah aku...semuanya penat keletihan...bangun pun lewat pagi...so sebelum balik tu aku bawak diorang pegi East Coast Mall (the largest shopping complex in Kuantan), jalan2 kat situ beli Big Apple Donut..then baru aku hantar diorang balik....so diorang seronok aku pun happy, sebab aku tidak kesunyian di hujung minggu



shopping stationery kat popular

Nurul dan Afiq 1st time tengok wayang

masing2 dah kepenatan makan


Nurul n me

I've been tagged by Pah

9:10 AM Posted In 5 Comments »

1. How are you?

Alhamdulillah.....

2. Who was the last person you hugged?

My Mom

3. Look to your left, what do you see?

Empty chairs....(orang lain cuti lagi..huhuhu)

4. Where do you like to be the most?

B4066, Jalan Galing Kem, Taman Setali Maju, 25300 Kuantan, Pahang.

5. Whats your fave film?

Grease, Music and Lyrics, Bridget Jones

6. What does the last person you commented on fs mean to you?

Takde fs

7. What did you last laugh about?

gelakkan diri sendiri, aku jatuh kat depan ofis semalam....nasib baik tak de sapa tengok...heheheh

8. Where was your default took?

Dislee kat Kuantan Plaza

9. Whats the first thing you look for in a girl/guy?

Jovial person

10. If your still in school, whats your fave lesson?

Add Maths le...

11. What do you work as / want to work as?

Lecturer and want to be a KAYA RAYA Lecturer

12. Do you play video games? if so, which is your fave game?

Once, masa mula2 beli PS2, sekali tu je, pastu tak minat le...best lagi main solitaire..

13. Who never fails to make you laugh?

My beloved HUBBY

14. What are you listening to right now?

Nike Ardila - Bintang Kehidupan

15. Who did you last have a sleepover with?

with Muhammad Faris Safwan last week (i'm sleeping alone for the past one month and got another 2 months to go...huhuhu)

16. I bet you miss someone, who?!

KHAIRUL ARIFF IBRAHIM (miss u much dear)

17. Are you happy with your life right now?

Very Happy

18. Why did you last get upset?

mmmm..upset..bila ekk..tak ingat dah

19. Who was the last person you texted?

My lonely HUBBY (lonely ke dia)

20. Who do you live with?

temporarily ALONE

21. Do you like living with them?

NA

22. Who did you last shout at and why?

Muhammad Faris Safwan....dia tampar muka adik dia yang baru tak sampai dua bulan...mana aku tak menjerit

23. Are you normally a happy person?

Happily Ever After...Insyallah

24. What was the last thing you went to see in the movies and with who?

MADAGASCAR with EN. KHAIRUL ARIFF IBRAHIM

25. Whats your fave food?

Asam Pedas

26. Are you in love?

Definitely..Truly Madly Deeply In Love

27. Do you remember how you was 3 years ago?

Here as an Engineering Lecturer

28. If so, does it make you cringe?

Not at all...

29. If you could be with someone right now, who would it be?

anak kedua En. Ibrahim Lesot dan Puan Asmah Abu Hashim

30. Whats your fave thing in your room?

My bantal peluk

31. If you had one wish, what would you wish for ?

Nak anak2 yang soleh dan solehah

32. Any last words?

Kengkawan yang baca..doakan wish aku tu ekk and i'm not tagging anyone

Muhammad Faris Safwan

10:09 PM Posted In 6 Comments »
Aku dah kenal Faris ni hampir tiga tahun...aku sayang sangat kat dia...setiap masa memang aku rindukan dia...kalau boleh apa yang aku ada aku nak bagi pada dia...kasih sayang aku tak terbatas untuk Faris...kalau jumpa mesti aku peluk, cium sampai dia rimas menjerit tak nak..selalunya aku kena tampar la lepas je sayang dia bertubi2...hehehehe...dia memang kasar, suka sangat menampar orang, kesian aku tengok kawan2 dia, sampai berbirat lima jari kat pipi diorang kena tampar, agaknya dia geram sangat kot...sebab tu ringan je tangan dia tu, walau apa pun aku tetap sayang dia...ni aku nak cerita pasal the other side of Faris yang kasar tu...kalau korang tengok cerekarama last Friday @ TV3 (ala...yang V ngan Shidi berlakon tu...aku tak ingat tajuk dia), kan ke citer tu pasal V tak suka kat ayah dia sebab ayah dia dera dia masa dia kecik2 dulu..so dalam citer tu, diorang flashback la masa V kecik2 macam mana bapak dia dera dia, V kena pukul la...yang paling sadis sekali masa ayah dia potong kaki anak patung kesayangan V tu (anak patung tu V panggil Adik), so dia jerit la, abah jangan buat adik, jangan potong kaki adik, dia jerit2 la sebut nama adik tu...aku pun sedih gak la, takde la sampai tahap nangis, tapi aku tengok dada si Faris tu dah berombak...aku ingat dia saja2 buat, sebab dia ni memang suka berlakon, berlakon jadik orang demam la, jadik orang penat la...so aku tak kisah sangat la, tengah best kan layan citer, pastu dia paling ke arah adik aku, dia tutup2 mata ngan tangan dia, adik aku ingat dia purak2 merajuk...pastu tetiba je adik aku rasa ada air meleleh kat tangan dia, tengok2 si faris tu tengah menangis, takde bunyik langsung dia nangis...lain dari biasa la dia nangis...kalau tak mesti dia melalaknyer la...apalagi aku terus amik dia, peluk dia, sayang dia, sambil bercucuran air mata aku, mata dia pejam...tapi air mata keluar...memang terkejut la aku masa tu...tak tau sebab apa dia nangis, sebab dia tengok citer tu dari awal lagi...masa tengok tu happy je...bila part tu, dia start buat aksi yang luar biasa...aku memang cuak la campur sedih.....tak lama lepas tu, adik aku yang lain balik, terus si Faris ngan excitednyer bercerita dia nangis ngan aku...aku tetiba jadik confius...apakah itu semua lakonan semata...atau benar belaka....confusing 3x...so dia back to normal perangai dia.....Faris...Faris...skang ni dia dah ada adik Muhammad Irfan Syahmi (40 hari) dan dah ada adik sepupu Muhammad Aqil (6 bulan). Inilah dia 3 orang anak saudara aku yang aku sayang sangat....



Faris yang suka sangat berposing



Bila dah penat main, tido pun mulut ternganga




Berdoa semoga Mak Long dapat ramai anak...Aminnnn


Muka Aqil ni macam muka Ain masa kecik kan, betul tak Nana, Ikin..




Aqil suka sangat hisap jari



Inilah dia Irfan Syahmi yang temban

Busannnnnnn

10:26 AM 3 Comments »
Bosannnya....aku sorang je kat ofis pagi ni...takde orang langsung...nak mengulor pun kena masuk meeting lak...kenapa aku je yang ada kat ofis ni...sebab cuti aku tinggal dua hari je...tu pun simpan untuk krismas nanti...huhuhuhu....sedihhhhh...nak balik umah pun takde orang gak...hari-hari yang sungguh membosankan....

Yuhuuuuu

8:19 PM 7 Comments »
wahhhh...aku dah ada blog la....macam tak caya je kan....orang lain semua dah beratus entry...aku baru je nak start ber'blogging' ni...hehehhe...anyway mana ada time frame kan when u have to start your own blog...sukati aku la nak buat blog ke tidak...tapi kenapa suddenly aku nak menulis ni....jeng jeng jeng....ada citer panas la beb...satu kampung dok berkipas skang...tak senang duduk semua orang...ada yang marah2, ada yang geram2, tapi ada yang tak tau nak letak muka kat mana (ada ke???)...wahhhh adakah anda terasa bahangnya....takpela...kalau sesapa yang tak paham tu ignore je la...hanya mereka, keluarga mereka dan juga rakan2 mereka saja yang pahammmm......

aku ni sebenarnya dah lama teringin sesangat nak menulis...tapi aku selalu pikir yang aku takde benda nak cerita...takde benda yang seronok yang nak aku kongsi ngan korang semua...tapi aku kena positif dan optimis...aku kena buang semua perasaan yang menggangu emosi aku selama ni...life must go on bebbb (peace brother)...selagi ko dok merundung duka...selagi tu la ko akan rasa diri ko kecik, kecik dan kecik ( dah la memang kemetot,tapi cute kan....hehehehehe)...ok dah la cerita pasal perasaan aku yang tah apa2 ni...korang jangan emo lak ekkk..gua takde apa2 la, gua okey je...

why L.O.V.E because i love LOVE by Nat King Cole (oldies tu), i love the lyrics, i love the melody...andddd i really feel that i'm in love again...i love the feeling (although it really hurts me when we're far apart)...i feel more more more beautiful and sexier too (uuupppsss sorry)....sori la beb, gua jiwang jap....anyway aku sayang korang semua...tanpa korang sapa la aku....hehehehe dan hayatilah lirik lagu ini..(macam artis la pulak...hehehhe)

L is for the way you look at me
O is for the only one I see
V is very, very extraordinary
E is even more than anyone that you can adore

Love is all that I can give to you
Love is more than just a game for two
Two in love can make it
Take my heart and please don't break it
Love was made for me and you

L is for the way you look at me
O is for the only one I see
V is very, very extraordinary
E is even more than anyone that you can adore

Love is all that I can give to you
Love is more than just a game for two
Two in love can make it
Take my heart and please don't break it
Love was made for me and you
Love was made for me and you
Love was made for me and you