Lagu Raya

9:41 AM Posted In , 1 Comment »
skang ni kat radio asyik berkumandang je lagu raya. rasa rindu yang teramat sangat kalau dengar lagu raya ni, especially lagu raya yang lama2. lagu raya baru tak best dengar. takde feel langsung nak raya kalau dengar lagu raya baru ni.

setiap kali kalau dengar lagu raya mesti aku sedih. aku sedih bukan sebab tak dapat balik kampung, tapi aku sedih sebab aku rindu sangat dengan zaman kanak2 aku dulu. masa budak2 dulu, time raya la yang paling best. dapat baju raya, kasut raya, duit raya. dan yang paling best sekali dapat balik kampung tok. bestnyerrrr. dapat jumpa sepupu sepapat yang hanya dapat jumpa setahun sekali je. bestnyer. main pondok2. main kawin2. main bunga api. merayau satu kampung. mandi sungai. mandi telaga. kadang tu mandi kat masjid sebab rumah tok sebelah masjid. tok salu pesan kalau nak mandi kat masjid kene letak duit 20 sen kat tabung masjid. penah sekali kitorang masuk mandi dalam kolah masjid. buat macam swimming pool la pulak. apalagi kena jerit la ngan mak pak masing2. kaum2 mak la yang paling bising. terpaksa la basuh balik kolah masjid yang besar gedabak tu. huhuhu...

adik beradik mak ramai pompuan. biasa la kalau mak2 sedara aku ni berkumpul, apalagi bergossip le kejenya. sambil kacau rendang, sambil bersembang. bersembang dalam famili aku memang dah jadi adat resam. kalau sesekali jumpa tu mesti diorang bersembang sampai kul 4 pagi. aku ni cucu no.2, so kadang2 tu aku join je diorang bergossip sama. sonok dengar citer. pak jang aku pun kuat sembang. suka sangat cerita hantu, bukannya apa, nak suh budak2 tido cepat.

pagi raya memang pagi yang sibuk. lepas nangis2 mintak maap zahir batin terus g solat. lepas semayang siap la...ramai gler yang datang umah. ye la orang balik masjid terus je singgah umah. disebabkan aku ni cucu pompuan sulung, so tugas basuh pinggan memang tugas aku le. penat je pakai baju cantik2, tapi kena basuh pinggan...huhuhu..bila dah reda baru tok bagi beraya kat umah orang lain. masa tu ligat kumpul duit raya...masa zaman aku kalau dapat 20sen tu kira biasa je. 50 sen tu dah kira banyak la. masa tu mak2 sedara salu bagi sorang singgit. dah kira kaya la tu. hehehehhe. skang ni orang datang umah pun bagi singgit. kalau anak sedara tu mesti 10 ringgit ke atas. ye la tu zaman 10-20 tahun lepas. mana boleh compare kan.

rindu betul aku dengan zaman tu. ingat sangat kat arwah abang usop. dia cucu sulung tok. salu main kawin2 ngan dia. dia jugak la ketua rombongan cucu Peah g beraya. labuh je poket baju melayu ngan duit raya. yang pompuan pulak bawak handbag. tak main le simpan duit dalam poket baju kurung. hehehehehe..sonok kan. tapi tu zaman aku dulu. zaman korang camne pulak. mesti ada kenangan yang tak boleh korang lupakan.

Selamat Hari Raya....Maaf Zahir Batin

Makan besau

8:14 AM Posted In , , 3 Comments »
beso sangat ke...ada beso gajah ke...hehehehehe

takde la beso macam gajah...semalam bukak pose kat Anjung Delight....hebat2 jugak lauk kat situ..ada ketam..udang..lala..sotong..ikan bakar..ayam..tomyam..sup..siput sedut..daging..dan banyak lagi...tapi yang best ada kerabu mangga...berbaloi la dengan harga buffer rm15 sekepala...memang puas hati la...semalam aku makan tak hengat...sedap gilerrrr..berselera betul aku tengok semua lauk tu...banyak jugak la aku makan malam tadi..orang lain dah abis makan...aku still melantak lagi...alhamdulillah..ada gak selera aku selepas beberapa minggu tak berapa nak lalu makan..

sepanjang bulan pose ni 4 kali je aku berselera makan betul2, 1st masa berbuka kat umah nurul 2nd berbuka kat New Horizon makan steamboat, 3rd buka puasa kat umah adik aku, 4th yang semalam la, kat Anjung Delight...rupanya aku ni nak kena makan berjemaah..baru ada selera..setakat makan berdua ngan cik abang, pastu makan lauk param...memang takde selera..hopefully pasni selera ada balik..

gambar lauk takde sebab tak sabar nak makan

11 Ramadhan

11:01 AM Posted In , 4 Comments »
insyallah hari ni aku nak try puasa...rasanya boleh kot..sebab semalam loya ngan muntah2 dah kurang skit..sahur pagi tadi abis la nasi sepinggan (walaupun nasi tu dalam dua sudu je...huhu)....pastu makan kurma dengan susu soya...dah tu anmum tak leh nak telan...soya pun soya la...susu gak kan..hopefully lepas ni aku boleh puasa sampai la 30 ramadhan...insyallah


p/s: semalam abang masak kari ayam...sedapppp...