Aku dalam dilema

12:12 PM Posted In , , 13 Comments »
aku skang ni dah masuk bulan ke-7 pregnant...alhamdulillah..so far so good...takde apa2 masalah besar..cuma kaki ngan tangan ada skit sembab...aritu kena hemorrhoid jap..tapi tak sempat nak makan ubat dah baik...masalah2 lain takde, darah tinggi kencing manis semua ok..alhamdulillah

last week, my fertility doc nak jumpa (dr mad)..nak tanya kabar selain nak tau perkembangan patient dia...dia tanya aku bila due date, aku bagitau la 6 apr nanti, pastu dia kata tu due date utk normal, tarikh operate bila..aku pun jawab la yang aku nak bersalin normal...dia tak puas hati, terus dia diskas ngan aku ngan hubby pasal apa ivf cases kena operate

'ok macam ni..kenapa untuk ivf kita suggest operate..sebab kita boleh plan bila kita nak bersalin...awak dah tunggu lama nak dapat baby ni..this is precious baby, i know every pregnancy is precious pregnancy, but for ur case ni dah lapan tahun awak tunggu..dan cara u mengandung pun, bukannya normal..so i tak nak anything happen masa u nak deliver nanti...kalau u g for normal delivery, u kena tunggu bila sakit bersalin, and by the time u nak deliver prof moc takde, orang lain yang kena sambut...prof moc tu selalu je ada meeting kat tempat lain...so u tak boleh nak plan bila u nak bersalin...kalau u operate, u boleh pilih date yang cantik, hari yang baik untuk bersalin, family u boleh standby..dan u tak rasa apa, tau2 je baby dah keluar dan insyallah selamat...kita tak nak ada sebarang risiko masa u bersalin nanti..sebab baby ni u dah tunggu lama..dan mungkin ini saje zuriat yang u ada...so kalau boleh kita elak risiko masa bersalin kita elakkan...let say baby u lemas masa nak bersalin nanti, dah nak kena operate pulak, lagi teruk, dah la u rasa sakit bersalin, pastu kena operate pulak...u pikir la dulu, diskas dulu ngan prof moc macam mana, ni i punya suggestion je'

huh...panjang lebar dr mad explain kat aku...aku memang tau kenapa ivf cases kena operate, sebab tak nak ada sebarang risiko masa bersalin nanti...kalau boleh nak everything goes well nanti..everything goes as planned..aku pun tak nak ada masalah...tapi kenapa aku berdegil jugak nak deliver normal...sebabnya aku nak pregnant lagi...kalau boleh after my baby reach one year, aku dah boleh plan untuk next ivf, sebab umo aku pun dah berapa dah...kalau aku opt for czer..aku kena tunggu at least 2-3 yrs baru leh buat ivf...kalau diizinkan Allah, aku nak anak lagi...tu sebab aku nak try normal, supaya anak kedua aku boleh buat masa umo aku 36 nanti...kalau aku czer maunyer umo 38 baru nak mengandung balik...dah tua dah masa tu..

so macam mana ye...nak tanya jugak pendapat orang lain...apa pandangan korang...

Wahai semua perokok tegar!!!

3:48 PM Posted In 4 Comments »
semalam lunch kat luar, tak masak sebab baru je balik dari kl (ada sebab g kl...tunggu next entry...kot rajin menghapdet)..order nasik goreng ngan air sirap (sirap laici kat kedai ni tak sedap)..depan meja aku ada satu couple ngan sorang anak..kecik lagi anak tu..dalam 2 3 tahun kot sebab masih dok dalam high chair...aku ni kan ke suka perati orang...aku nengok mamat ni dah abis makan...so dengan senang hati dia nyalakan lighter, kuarkan rokok...puh...puh..dok isap rokok depan anak dia...dalam hati aku ni dah geram dah ni...ye la merokok kat depan budak kecik...sian kat budak tu...terpaksa sedut asap rokok yang sangat merbahaya itu...pastu yang paling aku tak tahan tu, siap dia boleh hembus asap rokok tu depan anak dia...anak dia pulak dok suka main asap tu...gerammmmmmnyerrrrr....grrrrrrr....rasa cam nak lempang je...tapi tu la, geram dalam hati je kan....nak lempang betul2 kang, aku lak dalam keadaan bahaya nanti...

so kepada KERAJAAN MALAYSIA...boleh tak buat undang2 dilarang merokok di tempat awam, seperti di kedai makan, bus stop, station bus, shopping complex, kaki lima. pastu implementation kena strict la, macam majlis bandaran buat saman parking tu...setakat letak gambar janin, paru2 kat kotak rokok...korang rasa la..berkesan ke kempen TAK NAK tu...pastu tak lama lagi nak jual sekotak 20 batang, takde lagi dah 14 batang sekotak. orang beli jugak...dah nama perokok tegar..ada tu sanggup tu kurangkan bajet lain, semata2 nak beli rokok....so bagi pendapat aku yang tak seberapa ni...haramkan diorang ni merokok kat tempat awam...especially kedai makan...compound je terus..ataupun kat kedai makan tu diwajibkan buat smoking area...korang nak melingkup...melingkup la sesama korang...jangan nak libatkan orang lain...kalau asap tu tak effect kat orang lain takpe...




alhamdulillah...suamiku bukan seorang perokok


dan pada semua perokok yang baca blog aku....sila la berenti merokok...


dan pada KERAJAAN MALAYSIA pertimbangkan la cadangan aku ni...



aku dah penat hidup ngan asap rokok yang berkepuk2 tu