Insan yang bernama SUAMI

10:40 AM Posted In , , 4 Comments »
saya ada seorang suami

saya selalu bercerita dengan dia

saya selalu cerita macam2 ngan dia

semua kawan2 ofis saya dia kenal, walaupun ada tu dia tak penah jumpa pun

kalau saya bercerita ngan dia dalam kereta

dia salu cakap

ohhh

ahhh

ye ke

macam takde perasaan je

tapi saya tetap akan bercerita

kalau kat kedai makan pulak

kalau saya bercerita

dia selalu tak concentrate

mesti asyik 'tertengok' pompuan sexy

geram saya....

tapi saya tetap tak jemu bercerita

saya selalu jugak kongsi masalah ngan dia

kalau saya cerita masalah kat dia kan

dia terus bagi solution panjang berjela

kadang2 tu saya nak dia dengar je

saya nak dia jadi pendengar yang baik

tapi dia tetap tak puas hati

dia mesti suh saya ikut cakap dia

tensen saya dibuatnya

satu hari saya ber'YM' dengan dia

dia outstation masa tu

dan pada masa tu saya rasa sangat down under bottom of my heart

berjela2 saya luahkan perasaan kat dia

dengan harapan apa yang terbuku di hati dapat dilepaskan

tapi hanya inilah jawapan dari suami tercinta

biasala tu

hampeh...

penat saya menaip

itu saje ke saya dapat

terus saya call dia

dia pun cakap la

"abang tak tau nak cakap apa dah, kang kalau abang cakap panjang2 nanti sayang cakap abang membebel, sayang nak abang dengar je, pastu bila abang tulis, biasa la tu, sayang marah pulak....apa abang nak buat ni....huwaaaaaaaaaaaaa"


mmmmmm....senyap je la....baik cerita kat blog

kisah di suatu pagi sabtu

11:10 AM Posted In 6 Comments »
pagi sabtu yang lepas...

singgah di sebuah pasaraya...

urgent...nak beli satu barang je...

kaunter xpress tutup...

tensennnnn

terpaksa q panjang...

beratur depan aku, sorang makcik tua yang bongkok hampir 90 darjah

troli dia penuh ngan barang

ada dua bungkus beras

satu 10kg, satu lagi 15kg

aku menolong sekadar mampu

yang berat2 tu aku mintak tolong orang belakang aku angkatkan

time nak bayar, terketar2 tangan makcik tu kuarkan duit dari purse dia

memang kesian tengok

cik cashier tanya,

"mana anak mak cik"

makcik tu jawab,

"ada...tunggu dalam kete"


dalam hati aku


"h****m j****h punya anak"


sanggup ek dia buat camtu kat mak dia...sian makcik tu...terbongkok2 beratur, tolak troley, sib baik ada yang baik hati tolong tolakkan troley makcik tu sampai ke kete anak yang tengah sedap menunggu dalam kete dengan penuh senang hati



berdoalah...jangan la kita diperlakukan macam tu suatu hari nanti...

TWILIGHT

7:56 AM Posted In , , , 4 Comments »

i finished reading this



i've just watched this




now i'm reading this

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

AND I'M ADDICTED TO




Lactose intolerance or milk allergy

11:44 AM Posted In 2 Comments »

what is lactose intolerance?


Lactose intolerance is the inability to metabolize lactose, a sugar found in milk and other dairy products, because the required enzyme lactase is absent in the intestinal system or its availability is lowered. It is estimated that 75% of adults worldwide show some decrease in lactase activity during adulthood.


AND

what is milk allergy?


Milk allergy is a food allergy adverse immune reaction to one or more of the proteins in cow's milk. Milk allergy is the most common food allergy in early childhood. It affects somewhere between 2% and 3% of infants in developed countries, but approximately 85-90% of affected children lose clinical reactivity to milk once they surpass 3 years of age.


and what's the difference between them?


Milk allergy is a food allergy, an adverse immune reaction to a food protein that is normally harmless to the non-allergic individual. Lactose intolerance is a non-allergic food sensitivity, and comes from a lack of production of the enzyme lactase, required to digest the predominant sugar in milk. Lactose intolerance is not actually a disease or malady. Adverse effects of lactose intolerance occur at much higher milk consumption than adverse effects of milk allergy.


dan ape kene mengena ngan aku?????


dah dua minggu aku cirit birit minum susu lembu, and aku ingat aku ni dah kena lactose intolerance, pastu tanya pada yang pakar dan dia kata sepatutnya tak, then rupanya aku minum susu yang dah expired la...abis satu tin susu aku buang....skang ni dah ok dah...takde lagi muntah2 ngan cirit birit lepas minum susu....hehehehehhehe

Doa

9:21 AM Posted In , , 9 Comments »
bersawang dah rupanya...mana la tuan rumah ni..dah lama hilang..merajuk ke

bukan merajuk..cuma mood nak menulis tu takde...emotionally and mentally tak berapa stabil..mudah sangat tersentuh...cepat sangat airmata ni mengalir..rasa nak dok sorang2 je..tak nak jawab call..tak nak sembang ngan sape2 pun...cukupla aku mengadu dengan Tuhan apa yang aku rasa kalau itu memberi ketenangan pada aku..tapi sampai bila aku nak macam ni..sampai bila aku nak merintih dengan nasib diri ni..ada orang lain lagi teruk pada aku...aku tak bersyukur ke? kenapa aku masih lagi bersedih...kenapa aku masih lagi rasa rendah diri..kenapa airmata ni jadi peneman setia aku..

bila sorang2 macam ni..kata2 mak sentiasa jadi peneman

berdoa yam..berdoa...jangan putus asa dengan Allah..Dia sayang kita semua yam..ini semua dugaan dari Dia untuk kita semua..bukan dugaan untuk yam sorang..tapi dugaan untuk mak jugak...mak selalu doakan yang terbaik untuk anak mak..

bila hubby tengok aku bersedih..dia selalu cakap...

bukan kita je yang susah camni...ramai lagi yang macam kita..sekurang2nya kita ni ada jugak harapan dan peluang nak dapatkan zuriat...bila kita rasa kita sedih, ada orang lain yang lebih sedih dari kita, yakin dengan Allah, insyallah abang percaya ada rezeki untuk kita nanti

aku tau, jauh dalam lubuk hati dia, dia pun sama sedih ngan aku, tapi dia lelaki dan dia tak suka tunjukkan rasa negatif tu depan aku..dia cakap camtu sebab nak pujuk hati dia sebenarnya

sekarang ni aku berdoa dan berdoa semoga percubaan kali keempat ni ada hasilnya...Insyallah

Dr. Mad pesan...berdoa banyak2 ye Mariam...doa banyak2

Mak pesan...lepas ni jangan mop lantai...kerja hang berdoa dan berdoa je

Abang pesan...dont worry...i'm going to take care of everything...baca je Quran tu..buat penenang hati

dan aku tau dan aku tak payah nak suruh pun, korang pun selalu doakan yang terbaik untuk aku kan...aku terharu sangat dapat kawan macam korang semua...

terima kasih semua...i love u all..i mean it