Nurul Nadhirah Abd Aziz
7:45 PM 9 Comments »Salam semua...aku nak update blog ni...tapi mata ngantuk sangat....tapi update jugakla...kang citer ni basi lak....sapa tu Nurul Nadhirah Abd Aziz....dialah anak angkat aku yang kitorang dapat masa Program Titian Kasih (sebenarnya aku tak ingat nama program ni, tapi hentam je la, bagi nampak sedap....hehehehe) oleh MTBE (tempat cik abang sayang luv2 muah3x mencari nafkah hidup) setahun yang lepas...setiap tahun MTBE ada buat program khidmat masyarakat, antaranya Titian Kasih ni la..Dalam Titian Kasih, MTBE akan pergi ke sekolah2 di sekitar MTBE untuk mencari anak2 yang datang dari keluarga yang tidak berkemampuan dan juga anak2 yatim..so anak2 yang terpilih ini diminta untuk membuat satu wish list apa yang diorang nak masa raya (program ni dijalankan pada bulan puasa) dan macam2 la permintaan budak2 ni, ada yang nak basikal la, kasut nike la, handphone berkamera la, tapi ada jugak yang mintak biasa2 je macam baju raya, kasut raya, tudung, telekung dsb...so staff MTBE akan memilih anak2 yang mana mereka suka dan permintaan anak2 ini akan dipenuhi oleh staff MTBE sendiri...
Pada masa tu kitorang bercadang nak amik Nurul ni...sebabnya...kitorang memang nak carik anak perempuan dan dia yang paling muda masa tu, dan permintaan dia biasa je, iaitu keperluan biasa di waktu raya (baju, tudung, telekung)....so kitorang setkan masa untuk bershopping bersama anak yang telah terpilih...so biasala aku ni memang over, so bershopping sakan la kat parkson, beli kat dia baju raya, kasut, beg spongebob, telekung, tudung dan juga sedikit mainan untuk Nurul ni...masa ni Nurul ditemani kakaknya Nadia (sebab malu kot).
Lepas shopping kitorang berbuka puasa bersama2 dan baru hantar dia balik...lepas pada tu barulah kitorang tau yang ayah Nurul ni baru je meninggal dunia tak sampai sebulan (ayah dia meninggal 2 Ramadhan 1429H)..memang tengah manja sangat dengan ayah dia (Nurul ni anak bongsu). aku yang dah tua camni pun bapak meninggal pun terasa sangat2 sedih, tambah la anak seperti Nurul ni, kecik2 lagi ayah dah pergi..dan kitorang datang dalam hidup dia memang at the right time. masa dia perlukan sangat kasih sayang seorang ayah, tambah pulak kitorang ni memang kekurangan sesuatu, so ikatan tu menjadi rapat.
Mulanya dia panggil kitorang auntie ngan uncle, lepas tu berubah menjadi mama dan papa. Nurul ni memang anak yang istimewa di mata kitorang, walaupun umur baru je mencecah 8 tahun pada 2 Disember lepas, tapi tutur kata macam orang dewasa. pernah satu hari dia call aku bagitau dia sayang sangat kat aku dan dia nak bagitau something, tapi pesan dulu supaya aku jangan sedih, aku tanya la apadia, dia kata kat aku 'janji ek mama, mama jangan nangis ek kalau Nurul bagitau kat mama ni' aku kata la apadia, then dia kata setiap kali lepas solat dia doakan aku supaya aku akan dapat anak2 yang comel...terkedu sekejap aku masa tu, dan betapa luhur dan bersihnya hati seorang anak yang mendoakan aku macam tu..aku memang terharu sangat...itulah dia Nurul Nadhirah...
Boleh dikatakan every month memang kitorang melawat dia kat rumah dia, dan hubungan tu dari sehari ke sehari bertambah rapat...dan weekend yang lepas aku bawak Nurul, Afiq (abang Nurul, 11 tahun) dan Nadia (kakak Nurul, 15 tahun) pegi beli barang2 keperluan sekolah dan malam tu kitorang enjoy tengok Cicakman 2...hehehehe...diorang ni 1st time tengok wayang, so happy tengok diorang happy dapat tengok Cicakman kat panggung wayang...dan lepas tu pegi McDonald kat Teluk Cempedak (Afiq 1st time sampai TC), so diorang very excited tengok ombak besar kat TC waktu malam...kul 12 baru balik rumah aku...semuanya penat keletihan...bangun pun lewat pagi...so sebelum balik tu aku bawak diorang pegi East Coast Mall (the largest shopping complex in Kuantan), jalan2 kat situ beli Big Apple Donut..then baru aku hantar diorang balik....so diorang seronok aku pun happy, sebab aku tidak kesunyian di hujung minggu
shopping stationery kat popular
Nurul dan Afiq 1st time tengok wayang
masing2 dah kepenatan makan
Nurul n me
9 comments:
nape akak pulak yang nanges ek? terharu kot dengan cerita Yam dan dengan nasib Nurul..
Alhamdulillah Yam dapat anak angkat yang baik macam Nurul.. doakan Yam yang baik-baik.. moga2 doa Nurul tu makbul Ameen...
bertuah nurul ni dapat mak angkat mcm kak yam. terharu baca kisah si kecik yg cepat matang sebab dah biasa hidup susah...sob sob
untung si nurul dapat mama yg kepoh tp rajin melayan....semoga doa nurul dimakbulkan!!
Kalau yang membaca boleh menitiskan air mata, apatah lagi yang menulis...Insyallah berkat doa kalian semua, apa yang saya hajatkan selama ni akan tercapai...Amin
orang kata bila kita jaga anak angkat, kita mudah nak dapat anak sendiri. insyaallah moga diperkenankan. tengok sekali imbas, muka kakyam n nurul dekat2 nak sama kan. hehehe
kak yam --
termenangis pulak..terharu... insya allah, harap tuhan makbulkan doa nurul.. ramai yg saya jumpa amik anak angkat, lepas tu alhamdulillah dpt anak sendiri.. :)
belum sempat menangis lagi... tapi dah berair la jugak mata ni... kontrol2... comel la bebudak ru kak yam...
k.yam...
yn baru baca..kuar air mata n sebak rasa...semoga Allah makbulkn doa Nurul n beri yg terbaik utk k.yam..:)
Yam, moga doa Nurul termakbul.. InsyaAllah. Aminnnnn
Post a Comment