hepi belated birthday

11:29 PM Posted In , , , 10 Comments »

ha amik ko...500gb tu...ko nak simpan beribu movie n series pun boleh....so lepas ni nak khatam desperate, grey's, heroes n smallville...yuhuuuu...tq abang for this kiut gift


13 june yang lepas genap la umur aku 34 tahun..dah tua dah pun...i only love numbers when it comes to money, tapi bila masuk bab umo, bab nak sambut anniversary adalah perkara yang paling pedih hendak aku bilang...aku masih lagi bercouple, tiada orang 'ketiga' yang menganggu gugat kebahagian kami..alhamdulillah hidup aku masih lagi bahagia walaupun kehadiran orang 'ketiga' itu sangat2 dinantikan...dah lama aku menunggu, menanti dengan penuh sabar dan harapan...tapi aku tetap bersyukur dengan dugaan Allah ni...Dia Maha Mengetahui....dan aku sangat2 bersyukur ke hadrat Allah kerana mengurniakan seorang lelaki yang sangat2 memahami diri aku ni...yang sangat2 bersabar dan sentiasa setia berada di sisiku...alhamdulillah...syukur ku tak terhingga kepadaNya..

tahun ni takde surprise untuk aku, sebab aku tak berapa semangat sangat nak sambut birthday kali ni...tak tau la kenapa...biasa2 je rasanya..mungkin ada perasaan lain yang mendahului rasa excited aku ni..tak tau la..kadang2 diri sendiri pun tak dapat nak mentafsirkan apa yang aku rasa..perasaan tu bercampur baur...tak tau apa yang difikirkan..kadang2 rasa seolah2 hilang semangat nak kerja...hilang semangat nak belajar...tapi aku gagahkan juga hati ni...lawan jugak semua rasa negatif tu...aku cuba kuatkan semangat..hanya pada Dia aku mengadu, merintih....sebab hanya Dia saja yang memahami apa yang terbuku dalam hati ni...

orang tua kata kalau ikut hati, mati, kalau ikut rasa, binasa, so turutilah akal fikiran yang waras..dengan akal fikiran ni jugakla sekali lagi aku memanjatkan rasa syukur aku yang tak terhingga kepadaNya, sebab bukan aku sorang je yang bernasib sebegini, ramai lagi kat luar sana yang senasib dengan aku, malah lebih lagi...aku ni sekurang2nya berduit jugak la (duit mu duit ku jua) , ada tu yang Tuhan uji lebih lagi, dengan kekurangan yang sedia ada, Tuhan uji pulak dengan kesempitan hidup, ada tu pulak kesihatan yang tidak berapa mengizinkan, ada tu secara saintifik or logik akal memang takde harapan langsung untuk menikmati pemberian Tuhan yang besar ini melainkan hanya dengan izinNya saja...sekali lagi aku bersyukur sangat2...alhamdulillah..cuma yang aku pinta, diberikan ketabahan dan kekuatan untuk aku hadapi hidup ini..

hidup ini penuh dengan soalan...dah banyak soalan yang mampu aku jawab dengan senyuman sahaja...tak terkata dan tak terluah...tapi ada juga yang meminta anak dari aku yang mungkin bakal lahir melalui kaedah ivf...pelik kan...kejam sungguh bunyinya tu...sedangkan aku sendiri tak punya anak lagi, apatah lagi nak memberinya kepada orang lain...dan selama ini pun aku tak pernah meminta anak dari orang lain, walaupun anak dia ada 3 13 sekalipun..agaknya manusia2 ni ingat kaedah ivf ni senang kot nak dapat anak 2 3, so boleh sedekah anak2 tu kat orang lain...sedangkan aku sendiri dah lalui kaedah ni 2 kali, tapi masih lagi tidak membuahkan hasil...hanya Tuhan saja yang tau perasaan aku waktu tu...dan aku masih lagi berharap semoga ada sinar kebahagian itu nanti

aku akan berusaha selagi aku mampu, aku takkan jemu...Insyallah...doakan yang terbaik untuk aku ye..

10 comments:

noniey said...

insyaallah bila kita sabar, Tuhan akan balas kesabaran kita tu...

hopefully kali ni semuanya akan berjalan dengan lancar.. n semoga selamat semuanya...

kalau nak dengar cakap orang je, memang takkan ke mana pun kita.. ramai yang tak suka bila kita happy, tapi akan gembira bila kita sedih.. so, kena tunjuk yang kita happy sentiasa..

gud luck kak yam.. banyakkan berdoa, bersolat hajat...

insyaallah kami semua doakan yang terbaik..

l i e y n said...

usaha, doa, sabar dan redha....

Allah tu takkan uji kita kalau kita tak mampu nak handle....

kami sentiasa doakan yang terbaik untuk kak yam....
tak sabar nak dapat anak sedara ni...

kepada yang dengki n tak tahu nak jaga hati boarkan aje...
what comes around,goes around....

Anonymous said...

sabar dan redha...insyaallah kak yam akan sntiasa gembira dgn stiap yg berlaku....sesungguhnya ALLAH lebih tahu apa yg terbaik untuk hambaNYA....dan DIA tahu kak yam seorg yg kuat untuk tempuhi dugaan ni.......ape2 pun kita same2 doakan yg terbaik untuk kita semua......amin..

Anonymous said...

sabar dan redha...insyaallah kak yam akan sntiasa gembira dgn stiap yg berlaku....sesungguhnya ALLAH lebih tahu apa yg terbaik untuk hambaNYA....dan DIA tahu kak yam seorg yg kuat untuk tempuhi dugaan ni.......ape2 pun kita same2 doakan yg terbaik untuk kita semua......amin..

Yummy Yum said...

thanks lin n noni...aku tau korang salu doakan yang terbaik untuk aku..doakan kali ni berjaya ye..sebab aku rasa macam tak mampu lagi dah menerima kegagalan lagi...ya Allah..kuatkan la hati aku ni

thanks kepada yang tak bernama tu...letak la nick name yang boleh akak kenal ye..senang nak tau sapa

inna hayati said...

first,
happy belated birthday mama...

second,
harap apa yang mama usahakan akan berjaya..saya sokong, saya doakan n saya menanti berita baiknya...insyaAllah...amin... :)

third,
mama jangan sesekali putus asa k. insyaAllah ramai yang akan menyokong dari belakang...

last,
mama..chaiyo!!!

Intan Noorazlina said...

sy doakan yg terbaik utk kak yam n abg arip... kesabaran kak yam akan terbalas satu hari nanti dgn izin Allah... yg memintak tu mmg tak berhati perut... org yg ramai anak pun takkan sanggup nak bg anak kat org wlu susah cemanepun unless dah terpaksa sgt... ignore je kak yam...

Neeza Shahril said...

Happy belated birthday Yam...
500GB tu berapa yek kat sana?

best of luck in whatever you plan to do..
semoga mendapat keberkatan dariNya.. Ameen..

Rasyidah Abd. Aziz said...

happy belated birthday...kak yam, masa aku g umrah aritu ada yg bagitau aku, minum air zamzam menghadap kiblat dan doa apa yg kita hajatkan dgn yakin. INSYAALLAH...aku pun doakan ko berjaya dapat apa yg ko hajatkan selama ni aminnnnn

Yummy Yum said...

ina, intan, syidah, kak neeza, tq ye doakan saya, semoga Allah makbulkan doa kalian juga

kak neeza, 500gb tu dalam 400 ratus kat sini, nape nak beli masa nak balik sini ke..hehhehe