16/5/09 - hari ke-2 aku di Miri...tengok jadual waktu solat yang disediakan kat bilik hotel
(satu lagi yang best dok imperial ni, ada jadual waktu solat, yang aku tak penah jumpa lagi kat mana2 hotel kat dalam mesia ni la)..subuh habis kul 6.12
(tengok subuh abis, bukannya tengok masuk waktu subuh...hehehehe), so maknanya kena bangun paling lewat pun kul 6 pg la...hehehhehehe...tu pun dah subuh gajah tu...so lepas solat, guling2 atas katil jap, dalam kul 8 turun bekpes kat bawah...elok beratur nak order makan...telefon tangan ku berdering
view from our room
hello..kak syima ni, u all kat mana, jangan makan lagi, tunggu i kat lobi hotel, i bawak u all g breakfast...
hehehehehe....lupa nak cakap semalam...aku ada call kak syima ni, nak tanya
mana tempat makan best kat miri kabar, padahal aku dah lama gler tak tipon dia semenjak dia pindah dari tempat keje aku skang ni...adala dalam 5 tahun...mau tak terperanjat badak dia dapat call dari aku bagitau yang kitorang ni kat Miri...sib baik dia tak tukar no...so dia kata malam tu dia tak leh nak entertain kitorang, so dia janji esok dia call aku, then nak bawak g jalan2 dalam Miri ni..
tpt kitorang bekpes pagi tu
so takpela kalau camtu...ada orang sudi nak bawak g ronda2..kak syima ni actually bekas HOD aku dulu, dan skang ni menetap di Miri mengikut hubbynya...dan kebetulan pulak the husband pun was in the same department with my husband masa diorang kat kuantan ni...so diorang ni bukanlah orang asing pun...hehehhe...so pas bekpes, abang g tpt volleyball and aku ikut je ke mana kak syima nak bawak.
odw ke umah kak syima ni, kitorang singgah kat Taman Tamu, cam pasar minggu gak la...dia nak beli barang dapur habuan masak tengahari tu..
kat Miri trademarknya adalah seahorse
(toriton sudah datang)pelbagai jenis beras datang dari Bario. semua beras tu adalah beras bukit. mahalkan, sebab beras ni datang ngan flight, takde jalan darat nak ke Bario tu
yang tu adalah petola kering buat scrub badan..murah je, 3 ringgit satu. benda ni ada jual kat watson, ce la cek regenyer bape kat situ
so lunch aritu kat umah kak syima, laki aku pun lunch kat situ gak...sembang2 jap....almaklum la dah lima tahun tak jumpa, macam2 citer kuar kan..pastu dalam kul 3 kitorang g pasar malam..nak beli kek lapis..then dengan tak disangka2...
puan, puansape pulak panggil aku tengah2 bandar Miri ni
ehh...Daisy Ubong Lawai
ex-student aku daa....dia balik kampung, semester break
tak sangka lak leh jumpa dia kat sini
tu la..benda yang tak dirancang...mesti jadi kan...salunya camtu la
so aku pun shopping la kek lapis kat situ, then kat sebelah pasar malam tu ada orang jual cendermata, so aku pun shopping macam nak rak kat situ...beli handbag sampai 3, beli senduk sampai 23, tingat kat kawan2 ngan bonda2 dan ayahanda di kampung dan adala skit untuk habuan diri sendiri.
nama tempat ni: Saberkas Commercial Centre, barang2 dalam kedai ni cantik2 dan okla dengan harganya..so kalau dah sampai Miri tu datang la sini kalau nak beli souvenir
so lepas shopping kat situ, kitorang balik hotel, mandi semua, tengok abang main volleyball jap.
dinner kitorang g Muara Restoran..bestttt...dapat makan nasi lalapan...sampai skang tingat lagi...kat sini memang specialtynya adalah nasi lalapan, ada lalapan ikan, lalapan daging, lalapan ayam. kalau lalapan ikan tu ada ikan tenggiri, bawal, keli dan kembong. yang spesel nasi lalapan ni dia nyer sambal belacan. memang sedap la. tingat sampai skang, rasa cam nak makan lagi.
ni air teh c peng. ada 3 layer, top is teh, middle tu susu, dan bottom layer is pandan syrup...sedap jugak
cam biasa, mesti ada sup dalam menu kitorang dan yang ni adalah sup tulang
inilah dia nasi lalapan ikan bawal.....sedapnya laaaaa...memang terkenang2 lagi rasanya
kat waterfront miri ni tak le sehebat dan tak le sehappening waterfront di kuching...best lagi benteng di kuantan...takde benda pun...yang best pun muara restoran ni je la
orang memancing kat sini...tak le sehappening mana pun, best lagi tengok orang mancing kat benteng di kuantan
lepas je melantak dengan lahapnya di muara restoran ni kitorang pun balik hotel dan shopping souvenir kat shopping complex sebelah hotel tu
itu sahaja cerita untuk hari yang ke 2 di Miri...esok update untuk hari ke-3 dan terakhir aku kat Miri