Bagaikan Sakti

10:29 PM Posted In 7 Comments »
Setapak melangkah
Dua langkah ingatan kanda pada dinda
Adinda bersumpah
Jikalau kekanda tidak kembali
Adinda akan menyusul kekanda
Meminjak pada tanah yang sama
Bernafas pada udara yang sama
Layar berbelok-belok
Sauh dibungkar di tempat tenang
Yang tinggal hati tak elok
Yang pergi hati tak senang
Bila sampai waktu
Kita akan bersama
Begitulah keadaanya apabila ditinggalkan terlalu lama, terasa rindu yang amat sangat, keinginan untuk bersama terasa meluap2. Kata2 di atas dipetik daripada sebuah filem, kalau korang tau cuba teka filem apa, but not Mr. KA-I ek (senyap je tau, jangan nyampuk ek)

7 comments:

Neeza Shahril said...

seriously tak tahu.. akak dah lama tak tengok wayang..

Mr KAI free ke tak weekend ni yek? ingat nak ajak datang rumah..

Rasyidah Abd. Aziz said...

aku amat memahami perasaanmu kak yam...masa2 tgh tak keruan tu, ko bykkanlah buat aktiviti utk isi masa lapang, baca quran ke, bersukan ke, jgn selalu sgt sorg2, ajak ler sesapa teman ko kat umah, kalau aku dulu student pun jadi, at least ada teman berborak kat umah ko tu

hidayah said...

ni bkn lagu dari PGL ke? haaha.. yg tulisn kaler merah tu yg tak tahan tu... hehehe...

Yummy Yum said...

kak neeza - ala citer ni tayang masa kak neeza ada lagi kat malaysia, glamer giler citer tu, btw mr kai takde this weekend, dia ke tanah suci lagi.

syidah - tu la pasal, memang aku sibukkan diri aku pun, tapi bila dah dekat2 nak balik rasa semacam la pulak, hehehehehe

dayah - that's correct, saje je bagi clue kat title tu, hehehhehe

l i e y n said...

alah...baru nak teka!
aku ni tiap2 hari mendengar keluh kesah kak yam...
sabar ekk kak yam, x lama dah....

Intan Noorazlina said...

tau2... ni dalam citer Puteri Gunung Ledang... dalam lagu m.nasir dgn ct nurhaliza pun ada dialog ni... ini jugak lagu yg sy letak dalam VCD clip gambar kawin... huhu... best kan kata2 dia kak yam...

Neeza Shahril said...

Yam, paling sweet ialah masa Yam dapat tengok muka dia kat airport nanti.. rasa sayang sangat sebab lama tak jumpa.. lepas 2 3 hari.. takde dah cam tu.. ada je lah nak gaduh.. hehehee.. (itu akak lerrrr)