sad day

9:18 PM Posted In , 11 Comments »
aku tak tau macam mana nak mula...hati aku memang sedih...tapi aku redha atas segala yang Allah duga atas aku..Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk hambaNya ini...

masa umo aku 16 tahun, aku dah ada sakit buah pinggang, nephrotic syndrome...hospital macam rumah kedua aku...dalam setahun lebih sekali aku masuk wad...masa belajar aku memang struggle..kat mana aku belajar, mesti aku masuk wad kat sana..aku first admitted kat hospital kajang..dua minggu aku kat situ...pastu diorang hantar aku g kl...seminggu kat sana, alhamdulillah..aku dah boleh balik rumah dan boleh sekolah macam biasa...kiranya dekat sebulan aku tinggalkan sekolah...banyak benda nak kena catch up masa tu...tapi cikgu dan kawan2 banyak bantu aku..syukur aku dapat cikgu2 dan kawan2 yang baik camtu...kalau tak silap aku...masa aku form 4 n form 5, 3 kali kot aku admitted, kurang2 seminggu aku dok sepital...korang boleh bayangkan macam aku belajar dulu kan...kajang-kl-kajang-sepital..pastu masuk wad

masa kat matrik pun sama, masa kat ukm pun sama...aku dah biasa dah kuar masuk sepital ni..tapi alhamdulillah...aku dah sembuh sepenuhnya...kuasa Tuhan...dengan minum air daun misai kucing 3 kali, terus sakit aku hilang....memang miracle..doktor sendiri pun terkejut...syukur alhamdulillah

ini bunga misai kucing...macam misai kucing tak..daun dia tu buat ubat

setiap pasangan yang berkahwin pasti ingin kan zuriat kan...macam tu jugak aku...dulu aku keje site...bos aku tak bagi aku pregnant, tapi aku peduli hapa...aku tak planning pun..tapi still takde rezeki jugak..pastu aku pindah kuantan...dok kat site jugak...sekali lagi, bos aku kata kat aku, mariam, u jangan pregnant, nanti susah projek kita nanti sapa nak jaga...tapi aku tak peduli, aku buat bodo je...tapi still rezeki takde...so aku pikir masak2...aku nak berenti...ye kawan2...actually this is the main reason i tukar job tu lecturer. tak sanggup aku nak dengar orang tak bagi aku pregnant..

walaupun gaji kecik, tapi aku happy keje sini..best..kawan2 best...tu yang penting..aku dah start jumpa gynae..dipendekkan citer...i cannot conceive normally...the only way i can get pregant is tru ivf procedure..aku sedih...sesedihnyer...thank God, hubby sentiasa di sisi...pernah aku utarakan agar dia kawin lain, dia tak layak untuk aku...ikhlas ni aku cakap, walaupun pedih..tapi dia kata it's not fair to me, dia janji ngan aku, selagi dia takde anak ngan aku, dia takkan cari yang lain..(weiii kalau ko dah anak ngan aku tak yah la carik lain)...sempat lagi dia bergurau masa aku tengah serius dan dalam kesedihan...itula dia Khairul Ariff Ibrahim...tak tau masa bila dia ni serius.

so kitorang ni berubat dah banyak tempat...asal ada orang cakap orang ni leh tolong ubatkan..kitorang akan pegi...hatta ke Benut sekalipun..so tradisional dah tak leh nak jalan lagi dah, kitorang decide to do ivf jugak...so bertemu la jodoh kitorang dengan Dr. Mad...he's very nice person and cute some more...hehehhehe

1st ivf we did under Dr. Moc supervision, and Dr. Mad masa tu masih lagi kat HUKM...so we met him there to do ovum pick up (ooctye retrieval)....unfortunately all the eggs were overmatured and cannot be fertilized...yes...i was very sad...frankly i want to blame Dr. Moc...but what else can he do...and he only human and not his fault pun, it's God will and actually infertility not really his expertise.

2nd ivf. Dr Mad dah ada kat kuantan..dengan baik hatinya...dia bagi kitorang ubat free...the ubat saje cost about 2k...masa ni buat banyak cycle...telur kecik2 je...tak besar pun...cycle yang ke3 dia increase dose, so dapat la telur yang ok..then again we have to go to HUKM to complete the ivf procedure, sebab kat Kuantan mana leh buat ivf..kali ni Prof H yang buat...dapat la transfer satu embryo yang berkualiti tinggi...we were very happy at that time...balik kuantan, Dr Mad monitor, sampai la minggu yang ke5, aku sakit perut lain macam, tengok2 ada bleeding macam period...i was so sad...tomorrow early in the morning i call Dr. Mad, dia check, tengok dah takde dah apa2 kat uterus aku...masa ni memang sedih sangat...aku amik mc dua hari untuk tenangkan fikiran

3rd ivf. kali ni buat semua kat kuantan, aku jumpa Dr Mad lagi, this time ubat kena beli, tapi professional fee tak yah bayar...so duit ubat tak sampai 3k..alhamdulillah...mulia sungguh hatimu..masa ovum pick up, diorang bagi sedation, tapi aku sedar but tak rasa sakit, cuma tak leh nak bukak mata je...dan dapat la dua biji telur...dan dua telur ini disenyawakan dengan menggunakan dua kaedah, satu IVF dan satu lagi ICSI. IVF ni kita biarkan sperm reach the ovum by itself tapi ICSI ni pulak, embryologist akan pilih the best sperm to be injected to the ovum...ni kira macam confirm persenyawaan berlaku...for my case, yang ICSI tak fertilized, but IVF tu pulak yang jadi, tapi abnormal la pulak, not advisable to transfer to my womb..takut nanti berlaku keguguran atau anak yang lahir nanti tak cukup sifat...doktor cakap yang IVF tu macam ada two sperm masuk dalam one ovum at one time, dan sel tu membelah tak sekata...so kita ikut nasihat pakar...takde embryo transfer....sadddd...bukan rezeki kami lagi...Allah lebih tahu

iktibar yang boleh diambil, kita hanya merancang Tuhan yang menentukan, percaya pada Allah dan redha dengan apa yang diberiNya...semoga dengan dugaan ini akan menambah keimanan aku kepadaNya..dan aku takkan sekali2 mengalah, aku akan terus berusaha selagi daya. terima kasih atas semua doa kalian, i really appreciate it


kalau tak paham pasal ivf google sendiri ye...nanti kalau aku rajin aku citer la detailnyer

hepi belated birthday

11:29 PM Posted In , , , 10 Comments »

ha amik ko...500gb tu...ko nak simpan beribu movie n series pun boleh....so lepas ni nak khatam desperate, grey's, heroes n smallville...yuhuuuu...tq abang for this kiut gift


13 june yang lepas genap la umur aku 34 tahun..dah tua dah pun...i only love numbers when it comes to money, tapi bila masuk bab umo, bab nak sambut anniversary adalah perkara yang paling pedih hendak aku bilang...aku masih lagi bercouple, tiada orang 'ketiga' yang menganggu gugat kebahagian kami..alhamdulillah hidup aku masih lagi bahagia walaupun kehadiran orang 'ketiga' itu sangat2 dinantikan...dah lama aku menunggu, menanti dengan penuh sabar dan harapan...tapi aku tetap bersyukur dengan dugaan Allah ni...Dia Maha Mengetahui....dan aku sangat2 bersyukur ke hadrat Allah kerana mengurniakan seorang lelaki yang sangat2 memahami diri aku ni...yang sangat2 bersabar dan sentiasa setia berada di sisiku...alhamdulillah...syukur ku tak terhingga kepadaNya..

tahun ni takde surprise untuk aku, sebab aku tak berapa semangat sangat nak sambut birthday kali ni...tak tau la kenapa...biasa2 je rasanya..mungkin ada perasaan lain yang mendahului rasa excited aku ni..tak tau la..kadang2 diri sendiri pun tak dapat nak mentafsirkan apa yang aku rasa..perasaan tu bercampur baur...tak tau apa yang difikirkan..kadang2 rasa seolah2 hilang semangat nak kerja...hilang semangat nak belajar...tapi aku gagahkan juga hati ni...lawan jugak semua rasa negatif tu...aku cuba kuatkan semangat..hanya pada Dia aku mengadu, merintih....sebab hanya Dia saja yang memahami apa yang terbuku dalam hati ni...

orang tua kata kalau ikut hati, mati, kalau ikut rasa, binasa, so turutilah akal fikiran yang waras..dengan akal fikiran ni jugakla sekali lagi aku memanjatkan rasa syukur aku yang tak terhingga kepadaNya, sebab bukan aku sorang je yang bernasib sebegini, ramai lagi kat luar sana yang senasib dengan aku, malah lebih lagi...aku ni sekurang2nya berduit jugak la (duit mu duit ku jua) , ada tu yang Tuhan uji lebih lagi, dengan kekurangan yang sedia ada, Tuhan uji pulak dengan kesempitan hidup, ada tu pulak kesihatan yang tidak berapa mengizinkan, ada tu secara saintifik or logik akal memang takde harapan langsung untuk menikmati pemberian Tuhan yang besar ini melainkan hanya dengan izinNya saja...sekali lagi aku bersyukur sangat2...alhamdulillah..cuma yang aku pinta, diberikan ketabahan dan kekuatan untuk aku hadapi hidup ini..

hidup ini penuh dengan soalan...dah banyak soalan yang mampu aku jawab dengan senyuman sahaja...tak terkata dan tak terluah...tapi ada juga yang meminta anak dari aku yang mungkin bakal lahir melalui kaedah ivf...pelik kan...kejam sungguh bunyinya tu...sedangkan aku sendiri tak punya anak lagi, apatah lagi nak memberinya kepada orang lain...dan selama ini pun aku tak pernah meminta anak dari orang lain, walaupun anak dia ada 3 13 sekalipun..agaknya manusia2 ni ingat kaedah ivf ni senang kot nak dapat anak 2 3, so boleh sedekah anak2 tu kat orang lain...sedangkan aku sendiri dah lalui kaedah ni 2 kali, tapi masih lagi tidak membuahkan hasil...hanya Tuhan saja yang tau perasaan aku waktu tu...dan aku masih lagi berharap semoga ada sinar kebahagian itu nanti

aku akan berusaha selagi aku mampu, aku takkan jemu...Insyallah...doakan yang terbaik untuk aku ye..

Dugaan...

11:33 AM Posted In , 5 Comments »
Thinking of 'her'
Miss 'her'
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Semoga ada sinar di hujung jalan

Dia Maha Mengetahui

12:02 AM Posted In , , , 6 Comments »
went to see a doctor
period pain
since when the doctor asked
i answered yesterday
any kids?
belum ada rezeki lagi
dah lama kawin
lama jugak la
why do u take so long to have a baby
mmmmmm
to cut it short i answered...i've gone tru ivf twice
dah tau camtu, nape nak bazirkan duit buat ivf
???????????????

Hanya Tuhan saja yang tahu

Sabar...

3:09 PM Posted In , 6 Comments »
Bad thing happened again. I'm now in the middle of karak hway, odw to kl, my car brokedown at km 60.9. Just called the insurance to tow my car to peugeot bluebox. Been waiting since 2 pm.
Hot n cold
Yes n no
In n out
Up n down
Haha..tensen ni sebenarnya. Mr hubby on his way, thank God he's here. Tomorow ada exam, sabar je la cik yam, what to do kan...waiting again..ujian Allah..baru td ada mamat wshop approach nak tolong (tgk awek cun kot, hehe). Seram gak, tp berdoa nothing bad wont happen. Offer to help, but thanx ye, i dah call my insurance, alhamdulillah, like i said kan b4, u never know what will happen kan, doa byk2 semoga Allah sentiasa tolong kita.