Wahai semua perokok tegar!!!

3:48 PM Posted In 4 Comments »
semalam lunch kat luar, tak masak sebab baru je balik dari kl (ada sebab g kl...tunggu next entry...kot rajin menghapdet)..order nasik goreng ngan air sirap (sirap laici kat kedai ni tak sedap)..depan meja aku ada satu couple ngan sorang anak..kecik lagi anak tu..dalam 2 3 tahun kot sebab masih dok dalam high chair...aku ni kan ke suka perati orang...aku nengok mamat ni dah abis makan...so dengan senang hati dia nyalakan lighter, kuarkan rokok...puh...puh..dok isap rokok depan anak dia...dalam hati aku ni dah geram dah ni...ye la merokok kat depan budak kecik...sian kat budak tu...terpaksa sedut asap rokok yang sangat merbahaya itu...pastu yang paling aku tak tahan tu, siap dia boleh hembus asap rokok tu depan anak dia...anak dia pulak dok suka main asap tu...gerammmmmmnyerrrrr....grrrrrrr....rasa cam nak lempang je...tapi tu la, geram dalam hati je kan....nak lempang betul2 kang, aku lak dalam keadaan bahaya nanti...

so kepada KERAJAAN MALAYSIA...boleh tak buat undang2 dilarang merokok di tempat awam, seperti di kedai makan, bus stop, station bus, shopping complex, kaki lima. pastu implementation kena strict la, macam majlis bandaran buat saman parking tu...setakat letak gambar janin, paru2 kat kotak rokok...korang rasa la..berkesan ke kempen TAK NAK tu...pastu tak lama lagi nak jual sekotak 20 batang, takde lagi dah 14 batang sekotak. orang beli jugak...dah nama perokok tegar..ada tu sanggup tu kurangkan bajet lain, semata2 nak beli rokok....so bagi pendapat aku yang tak seberapa ni...haramkan diorang ni merokok kat tempat awam...especially kedai makan...compound je terus..ataupun kat kedai makan tu diwajibkan buat smoking area...korang nak melingkup...melingkup la sesama korang...jangan nak libatkan orang lain...kalau asap tu tak effect kat orang lain takpe...




alhamdulillah...suamiku bukan seorang perokok


dan pada semua perokok yang baca blog aku....sila la berenti merokok...


dan pada KERAJAAN MALAYSIA pertimbangkan la cadangan aku ni...



aku dah penat hidup ngan asap rokok yang berkepuk2 tu

7-11

9:10 AM Posted In 9 Comments »

semalam aku pegi seven eleven kat umah aku...nak beli la apa yang patut untuk dinner aku malam semalam ngan breakfast aku pagi ni, tak la lewat sangat masa tu, dalam kul 10pm..actually aku baru je sampai dari kl semalam lepas jumpa supervisor kat sana....so masa masuk 7-E tu aku nampak la satu iklan Tropicana Twister yang berbunyi:


'Buy 2 bottles 355ml Tropicana Twister, get this cute fridge magnet for free'


aku pun apa lagi terus la amik 2 botol juice tu n beberapa lagi barang keperluan...for those yang dah tau perangai aku ni, aku memang suka free gift, kalau beli barang kalau ada hadiah mesti aku suka nak beli...tak kira barang apa pun atau hadiah apa pun...so time nak bayar:


aku: dik, kalau beli dua botol air ni dapat free fridge magnet kan

cashier: tak tau

aku: tu dalam iklan tu (sambil tunjuk kat poster berkenaan, masa ni aku agak geram jugak la)

cashier: akak nak ke??

boleh dia tanya aku camtu, nak ke??? apa hina sangat ke aku ni nak barang free, bukannya aku curi pun

aku: nak la, dah beli 2 botol ni (nada geram)

cashier: tu kalau akak beli satu jus oren, satu jus epal

aku: tu gambar je dik, iklan tu tulis buy any two bottles

pastu dia panggil kawan dia

cashier: akak ni nak fridge magnet tu la (sambil tunjuk kat poster)

kawan cashier: bagi je la (sambil cari2), nah kak ni dia

siap bagi 2 lagi fridge magnet tu


so moralnyer...aku menyampah kat budak pompuan tu, control cun, pastu pandang semacam kat aku yang nak free gift ni

so korang boleh agak kan yang mana fridge magnet yang aku dapat dafri 7-11 tu