hepi belated birthday
11:29 PM Posted In ivf , kids , Luahan hati dan perasaan , ujian 10 Comments »
ha amik ko...500gb tu...ko nak simpan beribu movie n series pun boleh....so lepas ni nak khatam desperate, grey's, heroes n smallville...yuhuuuu...tq abang for this kiut gift
tahun ni takde surprise untuk aku, sebab aku tak berapa semangat sangat nak sambut birthday kali ni...tak tau la kenapa...biasa2 je rasanya..mungkin ada perasaan lain yang mendahului rasa excited aku ni..tak tau la..kadang2 diri sendiri pun tak dapat nak mentafsirkan apa yang aku rasa..perasaan tu bercampur baur...tak tau apa yang difikirkan..kadang2 rasa seolah2 hilang semangat nak kerja...hilang semangat nak belajar...tapi aku gagahkan juga hati ni...lawan jugak semua rasa negatif tu...aku cuba kuatkan semangat..hanya pada Dia aku mengadu, merintih....sebab hanya Dia saja yang memahami apa yang terbuku dalam hati ni...
orang tua kata kalau ikut hati, mati, kalau ikut rasa, binasa, so turutilah akal fikiran yang waras..dengan akal fikiran ni jugakla sekali lagi aku memanjatkan rasa syukur aku yang tak terhingga kepadaNya, sebab bukan aku sorang je yang bernasib sebegini, ramai lagi kat luar sana yang senasib dengan aku, malah lebih lagi...aku ni sekurang2nya berduit jugak la (duit mu duit ku jua) , ada tu yang Tuhan uji lebih lagi, dengan kekurangan yang sedia ada, Tuhan uji pulak dengan kesempitan hidup, ada tu pulak kesihatan yang tidak berapa mengizinkan, ada tu secara saintifik or logik akal memang takde harapan langsung untuk menikmati pemberian Tuhan yang besar ini melainkan hanya dengan izinNya saja...sekali lagi aku bersyukur sangat2...alhamdulillah..cuma yang aku pinta, diberikan ketabahan dan kekuatan untuk aku hadapi hidup ini..
hidup ini penuh dengan soalan...dah banyak soalan yang mampu aku jawab dengan senyuman sahaja...tak terkata dan tak terluah...tapi ada juga yang meminta anak dari aku yang mungkin bakal lahir melalui kaedah ivf...pelik kan...kejam sungguh bunyinya tu...sedangkan aku sendiri tak punya anak lagi, apatah lagi nak memberinya kepada orang lain...dan selama ini pun aku tak pernah meminta anak dari orang lain, walaupun anak dia ada
aku akan berusaha selagi aku mampu, aku takkan jemu...Insyallah...doakan yang terbaik untuk aku ye..
