peti ais

7:30 PM Posted In 5 Comments »
tangan sakit
pegi urut
lepas urut, tukang urut bagi ubat sapu

nanti balik rumah, simpan obat ni dalam peti ais
letak kat bahagian sejuk

mmmmmm

letak kat tempat beku tu ke makcik

takla, letak kat dalam peti tempat biasa tu la


oooooo


(ingat ada bahagian panas kat dalam peti ais)

Kantoi

2:08 PM Posted In , 2 Comments »
i really love this song...

so sweeeet maaaa

by Zee Avi

let's sing along


Ponek

11:23 PM Posted In 2 Comments »
sebut betul2 tajuk kat atas tu..jangan salah sebut ek...uishh badan lotih..penat berjalan, merangkak, berlari bagai...hehehehe..jangan saspen...aku penat kan sebab aku bersenam cam kak neeza..tapi penat merayau ke miri 4 hari ni..nak hapdet pasal last wiken..tapi tak dan lagi la..tunggu entry aku pas ni ek




notapenat:
14/5/09 - cam biasa setiap petang laki aku main volleyball
15/5/09 - sampai Miri dia tak dan nak main volleyball (sedey la tu kot)
16/5/09 - dia dapat tengok and jadi coach jap untuk volleyball
17/5/09 - touchdown je kat KLIA, terus g bangsar main volleyball
18/5/09 - sampai kuantan kul 5 ptg je terus coaching volleyball

di waktu aku menulis ni pun dia ada training volleyball....apo ko tak lotih ko bang oiiii

Ntah apa2 tah

7:00 PM Posted In , , 3 Comments »
jarak umah aku ke kolej (tempat aku keje le) dalam 12km..kalau ko bawak constant speed 60km/h dalam 12 min ko boleh sampai dah ofis...tapi aku tak penah lagi bawak dalam masa 12 min...paling cepat aku penah bawak dalam 15 min..tu pun pepagi sangat..subuh pun tak masuk lagi...sebabnya banyak traffic light..

so normally aku kuar umah kul 0740 sampai ofis kat2 kul 8 gak la..dalam masa 20min tu la, aku rasa semua orang bawak kete cam siput tanah..gler punya slow..siap leh borak2, main sms, jawab tipon...ada tu yang selamba je isap rokok, bukak tingkap (ada ke orang isap rokok tak bukak tingkap), bawak 20km/h macam makan angin, sambil bercintan-cintun dengan awek dok sebelah...tensi gue pagi2 tengok orang camtu..diorang ni takde punch clock ke kat ofis atau memang pepagi diorang ni suka buat aktiviti tak berapa nak sihat camni...grrrrrrrr...sib baik aku pakai kete comel...boleh cilok sana cilok sini..sabau je la pagi2 ni..

dalam 24 jam yang Tuhan bagi kat aku tu..waktu pagi la waktu paling kalut sekali...ibarat kata seorang kawan aku ni..kelam kelibut aku pagi2..walaupun aku bangun awal sekalipun (situasi yang amat jarang berlaku dalam hidup aku ) tapi antara kul 7 ngan 730 la waktu paling genting sekali...tiap pagi boss besar akan pack kan barang aku (my lappie le tu) ngan handbag sekali masuk dalam kete..dan tiap pagi jugakla sudah menjadi amalan dan habitat aku tak sempat bersolek kat umah..salu bersolek kat ofis je...muka bogel je g ofis..tapi yang penting gosok baju boss mesti buat..walau macam mana sekalipun kecuali kalau bangun lewat (situasi inipun sangat jarang berlaku tau)..terpaksala abg gosok baju sendiri..huhu sian abang..

sepanjang aku hidup berumahtangga ni aku rasa la boleh kira ngan jari berapa kali aku gosok baju waktu malam..tak tau la nape aku camtu..tak suka wat keje awal2..mula la tiap pagi tak sempat manjang...tapi kekadang tu aku sempat gak sediakan bekpes kat big boss..bancuh air je..tu pun 3 in 1..pastu panaskan la apa yang patut masak malam tadi..sebagai contoh..kalau dinner semalam aku goreng bihun..so paginya aku panaskan la bihun tu balik..at least pagi2 dia dah mulakan dengan air tangan kuli kecik dia tu...hehehhehe..kalau sempat la atau kalau aku masak malam sebelum tu...kalau tak...sendiri mau cari la bang oii..

nape la aku meraban tak tentu pasal ni..aku sebenarnya tak suka tengok blog aku tak ber'update'..nak tulis pun tak de idea...tu yang melalut citer waktu pagi tu..sebabnya cik abang salu bising...asik tak sempat je...hehehehehehehe

tak laku...huhuhu

5:29 PM Posted In , 4 Comments »
huhu..teka-teki ku tak laku la...takde sapa nak jawab...ke soalan susah sangat..huhu...so aku bagi je la jawapannya, lain kali aku tanya yang senang skit la...

1. apakah nama makanan hasil gabungan nama lelaki dan perempuan
TomYam
2. apakah nama sayuran hasil gabungan huruf jawi ngan nama perempuan
BaYam
3. apakah nama sebuah negara yang nama panggilan seorang perempuan
SiYam
4. apakah gabungan dua huruf jawi akan menjadi bulat
TaYa(m)....hehehehehe

sebenarnya teka-teki ni Mr KAI yang mereka cipta khas untuk aku...that's why le orang lain tak terpikir jawapan dia kot, tapi yang soalan no.4 tu logik untuk dijawab

ok tu je..selamat berhibur...huhu