isi minyak....huwaaaa!!!

10:47 PM Posted In , 4 Comments »
tak suka isi minyak

benda yang paling benci bila tengok ni


kalau tak isi boleh tak

kete jalan tak

ataupun ada tak sesapa nak cipta tangki minyak kete
yang boleh auto reload macam kad touch n go



dan sebenarnya


esok pagi kena kuar keje awal skit...
kene isi minyak dulu
tadi balik keje berangan...
tup tup dah sampai umah...


huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!!!!!





Macam2 Hal

2:27 PM Posted In , 8 Comments »
ada orang tu kan

kalau kat rumah minum air masak mesti dalam clear glass, tak mo dalam mug ke cawan ke, air tu jadi tak sedap.. tapi kalau kat luar umah dia minum air masak dalam tumbler atau botol mineral water tak pe la pulak

pastu tak suka buah-buahan dalam dalam nasi, sebagai contoh tak suka nasi goreng nenas, pajeri nenas atau nasi minyak yang letak kismis...pizza yang ada campur nenas pun dia tak suka, tapi kalau makan nenas je okla pulak

kalau kat kedai makan, dia akan prefer ulam kampung dari sayur, tapi kalau kat umah dia suka masak sayur dan tak penahnyer la makan ulam2 ni

dia suka makan toge, tapi kalau toge tu ada dalam mee sup ke mee kari ke memang potong stim

dia ni pun suka jugak makan sayur, tapi kalau sayur tu dalam masakan bergoreng, seperti nasik goreng or mee goreng, sayur yang ada dalam tu mesti dia tolak tepi

dia ni pun suka gak makan timun, tapi kalau jumpa timun kat nasi ayam, sori naik lori ye, memang dia tak sentuh timun tu

mengada2 betul kan dia ni...sape la dia tu... tapi so far yang aku kenal dia ni memang suka makan...dia memang enjoy food, dan sebenarnya dia ni tak la cerewet pun bab makan, jangan bagi dia rebung cukupla, dia tak tahan la bau tu...(no offense ye bagi penggemar rebung)


itula dia entry merapu pasal dia, kenali la dia tu, dia baik dan boleh tahan kiut jugak...hehehhehe

Manusia

7:07 PM Posted In , , 2 Comments »
manusia mudah lupa
ibarat kata Mahathir..melayu mudah lupa
aku orang melayu
berbangsa banjar melayu
beragama Islam
tapi aku juga manusia
bukan malaikat
bukan nabi
dan bukan juga binatang
aku manusia biasa
yang punya banyak kelemahan
banyak sangat
kelemahan yang menyebabkan kereta baru boleh terguris luka
sebab langgar pagar rumah
kelemahan dalam mengotakan janji terutamanya
aku tak nak jadi orang munafik
orang tidak menunaikan janji mereka
tolonglah aku andai aku menuju ke arah itu
ingatkanlah aku
tegur2 la aku selalu
walaupun pahit untuk ditelan
tetapi yang pahit itulah ubat
sebab aku hanyalah insan yang lemah
insan yang alpa
pelupa lebih tepat lagi
tapi aku tak nak jadi nyanyuk
yang lupa segala2nya
tolonglah aku
bimbinglah aku menjadi seorang anak, isteri, kawan yang baik
yang diredhaiNya
sebab aku adalah
manusia biasa



Ntah apa2 tah

7:00 PM Posted In , , 3 Comments »
jarak umah aku ke kolej (tempat aku keje le) dalam 12km..kalau ko bawak constant speed 60km/h dalam 12 min ko boleh sampai dah ofis...tapi aku tak penah lagi bawak dalam masa 12 min...paling cepat aku penah bawak dalam 15 min..tu pun pepagi sangat..subuh pun tak masuk lagi...sebabnya banyak traffic light..

so normally aku kuar umah kul 0740 sampai ofis kat2 kul 8 gak la..dalam masa 20min tu la, aku rasa semua orang bawak kete cam siput tanah..gler punya slow..siap leh borak2, main sms, jawab tipon...ada tu yang selamba je isap rokok, bukak tingkap (ada ke orang isap rokok tak bukak tingkap), bawak 20km/h macam makan angin, sambil bercintan-cintun dengan awek dok sebelah...tensi gue pagi2 tengok orang camtu..diorang ni takde punch clock ke kat ofis atau memang pepagi diorang ni suka buat aktiviti tak berapa nak sihat camni...grrrrrrrr...sib baik aku pakai kete comel...boleh cilok sana cilok sini..sabau je la pagi2 ni..

dalam 24 jam yang Tuhan bagi kat aku tu..waktu pagi la waktu paling kalut sekali...ibarat kata seorang kawan aku ni..kelam kelibut aku pagi2..walaupun aku bangun awal sekalipun (situasi yang amat jarang berlaku dalam hidup aku ) tapi antara kul 7 ngan 730 la waktu paling genting sekali...tiap pagi boss besar akan pack kan barang aku (my lappie le tu) ngan handbag sekali masuk dalam kete..dan tiap pagi jugakla sudah menjadi amalan dan habitat aku tak sempat bersolek kat umah..salu bersolek kat ofis je...muka bogel je g ofis..tapi yang penting gosok baju boss mesti buat..walau macam mana sekalipun kecuali kalau bangun lewat (situasi inipun sangat jarang berlaku tau)..terpaksala abg gosok baju sendiri..huhu sian abang..

sepanjang aku hidup berumahtangga ni aku rasa la boleh kira ngan jari berapa kali aku gosok baju waktu malam..tak tau la nape aku camtu..tak suka wat keje awal2..mula la tiap pagi tak sempat manjang...tapi kekadang tu aku sempat gak sediakan bekpes kat big boss..bancuh air je..tu pun 3 in 1..pastu panaskan la apa yang patut masak malam tadi..sebagai contoh..kalau dinner semalam aku goreng bihun..so paginya aku panaskan la bihun tu balik..at least pagi2 dia dah mulakan dengan air tangan kuli kecik dia tu...hehehhehe..kalau sempat la atau kalau aku masak malam sebelum tu...kalau tak...sendiri mau cari la bang oii..

nape la aku meraban tak tentu pasal ni..aku sebenarnya tak suka tengok blog aku tak ber'update'..nak tulis pun tak de idea...tu yang melalut citer waktu pagi tu..sebabnya cik abang salu bising...asik tak sempat je...hehehehehehehe

Can't live without u

1:44 PM Posted In , 6 Comments »
dunia terang menjadi gelita
cahaya indah tiada terkira
keluhan hatiku menambah derita
kini kau jua tak kunjung jelma


hp ku tinggal di kuantannnnnn....huhuhuhuhu